Friday, March 25, 2011

Sapa aku ni?

Nape aku lebihkan sangat kawan atau kenalan daripada darah daging aku sendiri?
Nape ek?

Ape sebabnye?
Aku tak tau lah!!!

Ma: "Dari Subang nak ke Kuala Lumpur kan boleh singgah jap hantar awak? Maaf cakap, dah le gi cuti freeloading tapi takde pun pikirkan nak tolong awak?"

Pa: "Awak ni berabis untuk kawan-kawan awak tapi Papa tengok takde timbal balas pun. Asyik awak je yang bagi?"

Aku mampu sabar tahan marah aje.
Ada betulnye semua kata-kata mak pak tu.
Tapi tu bukan seluruh ceritanye...
Terlalu banyak yang tersirat.
Keluarga aku beza dengan keluarga lain, dengan protokolnye, dengan kekangannye, all presenting a good face to the outside world...

Sapa aku ni pada kawan-kawan dan kenalan aku ni?
Nape aku bole sayang luar biasa kat diorang?
Memang nampak macam ambil kesempatan kat aku walaupun pada hakikatnye aku sendiri yang biarkan benda tu berlaku...
Mungkin ada yang naik lemak dan terus mempergunakan aku.
Mungkin ada yang menyampah sebab aku harapkan lebih daripada apa yang diorang mampu bagi.
Mungkin aku ni tak bermakna ape pun pada diorang.

Aku cukup kagum dengan orang yang berkawan sangat-sangat akrab, hingga dapat susah senang bersama, suka duka bersama.
Aku cemburu!
Aku blom penah merasa persaudaraan persahabatan yang sebegitu!
Pehubungan yang dulu aku jalin dan sangkakan persahabatan sebenarnya sekadar mempergunakan aku!

Kini, betapa baiknye pun aku layan orang, aku tau orang tu kemungkinan besar tak dapat bagi balik sebagaimana yang aku bagi atau sebagaimana yang penah aku harap.

Aku dah berhenti berharap...

Bagi aku, hidup aku kini biarlah memudahkan dan memberi kemudahan dalam setiap perkara haq dan kebaikan pada mana-mana aje makhluq...

Mungkin hanya inilah mampu bagi makna dalam hidup aku ini.

Untuk bahagiakan mak pak aku dengan membesarkan keluarga ini, aku sungguh-sungguh blom mampu.
Rasanye memang mak pak aku akan memejamkan mata sebelum nampak kelibat cucu.
Dan kemungkinan besar aku sendiri akan mati sendirian dalam rumah besar ni.

Aku cuma berharap dipermudahkan segala urusan, agar aku ini memudahkan dan jangan menyusahkan sesiapa.
Melainkan makhluq itu rela hati disusahkan dan bersusah-payah untuk aku, kerana Allah...

Tiada yang bisa merubah nasib seseorang itu melainkan orang itu sendiri.
Usaha aku mungkin tak kelihatan, tapi sesungguhnye, apa yang ada sekarang ni, takat tu la yang aku mampu.

Aku pasrah.
Hanya Allah yang tahu hikmahnye...

Saturday, March 05, 2011

Still grieving...

...and apparently in the mood to buang tebiat :P

As testified in the current season of American Idol, being able to sing does not mean you automatically make the grade.

Sarah McLachlan I'm not, but I love this song and wish to sing it anyway. Forgive the butchery...