Friday, November 10, 2006

Tinggal tanda tanya

"Wan Suriati lama dah tak call ye? Apa kabo agaknya?" Mak tiba-tiba bersuara.
Pantas Pak mencelah, "Alah.. selalu pun you yang call dia. Mana penah dia call you tanya-tanya kabo?"
Mak terdiam seketika.
"Ha ah ye," Mak mengiyakan perlahan, "Kalau gitu, nak bagitau ke kita nak gi haji ni?"
"Tak payah le..." jawab Pak.
"Okay lah," keluh Mak.

Simpati dengan Mak. Aku sendiri tahu bagaimana rasanya. Memang kebiasaannya aku dengan kawan-kawan aku, aku yang akan cari diorang, berhubung tanya khabar, berkunjung ke rumah diorang. Tapi diorang tidak begitu. Aku faham lantaran kesibukan dengan tanggungjawab masing-masing menyebabkan masa untuk kawan-kawan menjadi semakin lama semakin kurang hingga akhirnya hilang.

Aku akui, kadang-kadang letih dengan keadaan ini. Apabila terlalu letih, dengan penuh rasa sesal aku mengambil keputusan untuk melepaskan persaudaraan tersebut. Aku harap Allah mengampuni aku kerana memutuskan silaturrahim tetapi aku dah tak mampu meneruskannya kerana yang berusaha hanya aku sendirian...

Sunday, November 05, 2006

Cinta yang ku mimpikan

Dia…

Tempat ku sandar
Angan ku pendamkan

Satu percintaan
Yang bisa ku jadikan
Tangga-tanggaku ke pintu syurga
Meleraikan rindu

Mengecap bahagia
Yang kerap dimadah
Insan yang murni
Yang dah rasakan
Cinta yang aku mimpi


Begitulah kenyataan hidup aku buat masa ini. Kemungkinan besar juga buat hari-hari yang mendatang. Ia bukanlah kemahuan fikiran.

Terima kasih Cikgu Raof kerana telah membantu saya untuk belajar memainkan lagu ini pada piano.