Mata renshuu da!
Objektifnya tiga:
1. Untuk isi masa senggang antara kelas pagi dengan tengahari.
2. Untuk lepas tension sebab tak dapat join photo jugyou minggu ni.
3. Untuk practice ambil gambar orang buat persembahan- persediaan untuk opening ceremony yang akan berlangsung minggu hadapan.
One Utama sedang mengadakan promosi raya. Pentas di
setup ala perkampungan nelayan dengan baik sekali.
Siap dengan pasir pantai bercampur cangkerang laut, bubu, jala, motor serta basikal buruk, malahan
ikan kering!
I kid you not! Sila perhatikan betul-betul
background gambar di atas.
Sedang aku memerhatikan sebuah gerai barangan kemas, muncul imej
auntie sorang ni di dalam cermin. Malangnya cam aku
refuse to focus on the mirror! Risau subjek beralih, aku pun snap aje dan inilah hasilnya...Terdapat juga gerai menjual gubahan bunga daripada bahan-bahan terpakai. Dalam gambar adalah bunga mawar daripada daun getah kering...
Sempat mengambil gambar
candid brader yang sedang membantu sebiji patung tanpa kepala menukar baju...
Tertarik dengan hasil kerja akak ni. Nama akak ni
Shamira dan dia memang
travel merata untuk promosi batik lukisan tangan beliau.
Dari yang paling
simple hinggalah ke
design yang agak kompleks. Aku berkenan dengan satu lukisan hiasan dinding tetapi harganya (
mak datuk!!!)
RM800 sahaja... :P
All right!
Show time! Tiba-tiba baru aku terperasan yang gambar-gambar aku hari ni semua
jaundiced belaka.
Ler... Setting white balance 'cloudy' rupanya! Cikgu Redza ada ingatkan hari tu tapi banyak sangat info yang bertaburan kat minda ni jadi aku lupa. Sori cikgu!!! Penat dia ajar...
Aku buat muka tebal, tanya
uncle yang dok ambil gambar juga sebelah aku
setting apa yang dia pakai. Dengan ramah dia memberitahu yang dia menggunakan
setting 'tungsten' untuk
white balance dan hasilnya... Fuh, lega! Warna yang tepat!
Acara persembahan tarian budaya diselangi dendangan lagu oleh seorang artis yang aku langsung tak kenal. Mungkin orang baru. Tapi lagu yang dinyanyikan memang biasa kedengaran di corong radio masa kini.
Seterusnya aku meneruskan usaha aku untuk mendapatkan
shot-shot yang baik.
Frame after frame aku
snap, menunjukkan amateur tahap gaban peringkat tertinggi :P
Bagi aku, semuanya kurang menjadi. Aku gagal menyingkirkan
motion blur.
Aku ada dua pilihan- tinggikan ISO dan lajukan shutter speed atau gunakan flash dan lajukan shutter speed. Malangnya, warna yang terhasil dengan flash agak hambar tetapi aku tak gemar menggunakan ISO tinggi (apa barang play safe dengan ISO tinggi! Huhu :P kekwat ni!)
Hmm... motto motto renshuu da!