Sunday, November 05, 2006

Cinta yang ku mimpikan

Dia…

Tempat ku sandar
Angan ku pendamkan

Satu percintaan
Yang bisa ku jadikan
Tangga-tanggaku ke pintu syurga
Meleraikan rindu

Mengecap bahagia
Yang kerap dimadah
Insan yang murni
Yang dah rasakan
Cinta yang aku mimpi


Begitulah kenyataan hidup aku buat masa ini. Kemungkinan besar juga buat hari-hari yang mendatang. Ia bukanlah kemahuan fikiran.

Terima kasih Cikgu Raof kerana telah membantu saya untuk belajar memainkan lagu ini pada piano.

Sunday, October 29, 2006

Mimpi yang sempurna

Lama sungguh aku tak update blog ni. Malas? Mungkin… tapi sebenarnya aku tak sanggup hendak mencoretkan pengalaman sepanjang dua bulan yang baru berlalu di tempat yang begitu terbuka kerana ia terlalu peribadi. Meskipun pembaca blog ini boleh dibilang dengan jari pada sebelah tangan sahaja.

Banyak sungguh yang telah aku alami dalam dua bulan tersebut: pahit, manis, sedih, gembira. Semuanya cukup, lengkap untuk dijadikan bahan cerita Prof. A. Razak Mohaideen yang pastinya mencapai kutipan bo-office :P

Yang paling utama telah aku pelajari adalah untuk bersabar mengawal diri, mengabaikan kepentingan diri dalam keadaan dan masa tertentu demi menjaga hati mereka yang lebih penting bagi aku daripada nyawa aku sendiri.

Perkara kedua aku pelajari adalah masih ada yang sudi untuk mengambil berat tentang aku, malah sudi menanggung beban emosional yang acapkali timbul apabila berkawan dengan seorang aku. Masih ada yang sudi untuk menyayangi aku.

Pelajaran ketiga menunjukkan kepadaku bahawa sentiasa akan ada orang yang dengki padaku, walaupun tiada alasan baginya untuk merasa begitu. Aku telah lama lali dengan perkara ini namun apabila mereka melibatkan saudara-saudaraku, aku menjadi begitu pilu. Saudara-saudaraku diperli dan dihina semata-mata kerana sudi berkawan dengan aku. Tapi tiada apa yang boleh aku lakukan untuk memperbaiki keadaan.

Aku doakan agar saudara-saudaraku dapat terus bersabar menempuh dugaan. Sementara aku, dengan izin Allah, akan berusaha sedaya-upaya untuk memastikan kebahagiaan saudara-saudaraku ini dunia akhirat walaupun aku tahu di dunia ini takkan sesempurna mimpi…

Mungkinkah bila ku bertanya
Pada bintang-bintang
Pabila ku mula merasa
Bahasa kesunyian

Sadarkah aku yang berjalan
Dalam kehampaan
Terdiam terpana terbata
Semua dalam keraguan

Aku dan semua
Yang terluka kerana kita

Aku kan menghilang
Dalam pekat malam
Lepas ku melayang

Biarlah ku bertanya
Pada bintang-bintang
Tentang erti kita

Dalam mimpi yang sempurna…

Saturday, August 05, 2006

Kursuszzzzz...

Do you have trouble sleeping? Here’s one way you can get a great, refreshing nap.

First, sign up for a course or a seminar or a conference- whichever is available.

Next, choose lectures with topics that you’re least interested in. It is essential that the chosen lecture hall temperature be so cold that one can keep a rack of raw meat preserved for weeks in there.

Finally, to increase the probability of sleep, ensure that the speakers of the chosen lectures are the type who speaks in a monotone, will read every line from their busy lecture slides, is very serious and cracks no jokes.

Happy napping!

Thursday, August 03, 2006

Belasungkawa

Inna liLlahi wa ina ilaihi raaji’uun…

Mendapat berita daripada Budak Baik. Datuknya meninggal dunia awal pagi Selasa yang lepas.

Tuesday, August 01, 2006

Aku sahajakah yang berfikir begitu?

Malam ini kesunyianku telah mencapai batasannya. Kuhulurkan tanganku namun tiada siapa yang menyambutnya.

Kala begini yang selalu membuatkan aku berfikir yang bukan-bukan. Adakah mereka ini ikhlas berkawan denganku? Adakah mereka merasa terpaksa?

Memang setiap orang itu kadangkala hanyut dalam kesibukan mereka sendiri dan aku sepatutnya lebih memahami. Tetapi kenapa mereka masih punya masa untuk orang lain?

Fobia akibat daripada mendapat kawan atas dasar kasihan masih tersemat kuat di dalam diri.