Thursday, August 02, 2012

Kesudahan yang baik

Menziarahi kenalan kerja yang meninggal dunia semalam.

Ramai sungguh rakan taulan yang datang.

Arwah meninggal dunia akibat barah (sakit) di bahagian perut.
Arwah meninggal dunia di bulan Ramadhaan.
Arwah kelihatan seakan sedang tidur, bagai masih mampu terjaga jika kita menggerakkannya.

AlhamduliLlah...
Pelbagai tanda menujukkan bahawa arwah pergi dalam redha Allah.

Moga kita semua (diriku, mereka yang kusayang dan anda yang sedang membaca ini n_n) dikurniakan kesudahan yang baik juga... aamiin

Monday, July 16, 2012

...

My heart...

...belongs to so many
though they do not give theirs back in return.
Cannot
Will not
Same difference

And it's either broken or crushed
in so many places...

...it's kind of a wonder
that I still have any left to give.

But I do
and I will continue to give
insyaAllah

P.S. If you happen to read this, know that the ring tone assigned to you is 'Yuragu Koto Nai Ai' by Tamura Naomi. If you happen to have a little spare time, you may try finding the meaning to the words. If...

Sunday, July 08, 2012

Maafkan aku...

Ini aku

sang pendosa

insan yang penuh dengan segala macam salah silap
yang belum sempat kutebus mahupun kubaiki

Kepada Allah
dan kepada setiap insan lain

aku hanya mampu memohon seluruh ampun dan maaf
di atas segala kekhilafanku
di atas segala kelemahan diri yang gagal kuatasi
baik yang sengaja mahupun secara kebetulan

sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba ini
dan demi perjalanan yang bakal kutempuh selepas itu

ampunkanlah aku, ya Allah
maafkanlah aku, wahai sekelian saudara dan sahabat yang amat kusayangi

perkenankanlah permintaan ini...

P.S. Semalam sepatutnya suatu hari yang bahagia buat seorang aku, akan tetapi aku sendiri yang telah merosakkannya. Sekali lagi sorang insan istimewa sedang berusaha menceriakan keadaan walaupun aku terus mendiam. Bukan aku marah, atau sedih, atau apa-apa. Aku betul-betul bahagia. Namun apa erti bahagia aku itu jika aku gagal bahagiakan dia juga...
Peristiwa bersama Budak Baik terimbau kembali di ingatan. Aku mesti elakkan situasi itu daripada berulang dengan sedaya upaya!

Nasihat ini aku semat sekemasnya di sanubari

"Be more like me, be less like you"

Mampukah seorang aku melaksanakannya? :'(

Saturday, June 30, 2012

Cebisan...

Lama menyepi, blog ini...

Terasa ralat meninggalkan Jun tanpa coretan, maka catatan ini terhasillah.

Wan semakin menunjukkan minat terhadap foto bercorak minimalis. Cantik sekali karyanya. Gambaran ringkas, sarat penuh makna-

yang aku sendiri pun tidak tahu.

Kekaburan sejak kebelakangan ini. Letih tidak menentu masa. Waktu tidur, tidak dilenakan. Sibuk mengisi masa dengan pelbagai perkara melainkan yang utama yang patut aku langsaikan-

termasuklah tidur :P

Beberapa purnama yang lepas, jelas hala tujuku, terang sasaranku. Tiba-tiba berkocak! Bersimpang-siur segalanya. Berbalam-balam pemandangannya-

aku di mana?

Mengalami keadaan yang mengelirukan lagi. Pasti ada hikmahnya kami dipertemukan. Adakah benar telahan Abang Man? Adakah aku dipergunakan lagi?

Bagaimana mungkin, suatu pernyataan bahawa kami akan terus bersaudara-

bagaikan ucapan selamat tinggal?

Benar-benar risau apabila seorang sahabat, yang selama ini begitu berkemampuan pada pandanganku, memberitahu bahawa dia memerlukan bantuanku. AlhamduliLlah, aku terdaya serta mampu menolongnya.

Moga dipermudahkanlah segala urusan baiknya. Moga kami terus bersahabat sepanjang hayat kami di dunia ini, hingga kekal ke akhirat nanti-

insyaAllah... Itu pun jika Allah masih redha denganku.

Begitu cepat masa beredar. Setengah tahun telahpun berlalu. Masih banyak impian yang belum dapat digapai. Masih banyak dosa yang belum sempat ditebus.

Jiranku meninggalkan dunia fana ini sekitar jam 9.30 malam tadi-

bersediakah aku untuk menyusul?

Risaukan Adik yang baru melanjutkan pelajaran di Penang. Kursus yang didalami memang diminati. Mungkin kerinduan terhadap keluarga menyebabkan dia tidak bahagia.

Aku akan usaha membantunya. Ada rezki, aku bercadang menziarahinya di sana. Mungkin dapat melegakan hatinya, mungkin tidak-

sebab yang dirinduinya bukan aku.

Ramadhan menjelang tiba. Nampak gaya, tahun ini juga mendapati aku amat kurang bersedia menghadapinya. Jiwaku betul-betul kacau. Bagaimana melaksanakannya dengan tenang?

Sesi latihan tidak langsung menunjukkan sebarang penambahbaikan-

aku tetap aku yang itu juga.

Joey

Terima kasih atas kunjungan dan pandangan dan kata-kata semangat. Aku hargai sangat-sangat.

Sebagaimana hadirnya kamu di kala aku keperluan, moga Allah hadirkan bantuan di saat kamu memerlukan, aamiin...

Sunday, May 27, 2012

Cerita dia...

Lagu ini
aku tujukan kepada semua yang aku sayang... tapi
pada masa yang sama
ia tidak ditujukan kepada sesiapa
Sebab aku sendiri tau hakikat
yang sayang itu
hanya aku saja... atau
sayang mereka di batas itu saja... sebab
aku bukan apa-apa bagi mereka... atau
aku tak mampu jadi apa-apa bagi mereka

Sempurna
Cerita yang tak sempurna

Apakah alasannya?
Siapakah di hatinya?

Bahasaku mungkin tidak seindah lafaz kata pujangga
Namun ku bersumpah...

Rela ku tunggu jawapanmu
Masihkah aku ada di hatimu?

Saat ini?

Biar tubuhku kan terpaku
Biar jasadku tak bernyawa lagi

Saat ini

Rela ku tunggu jawapanmu

Aku tak tau kenapa aku mampu sayang pada mereka
hingga melebihi keluarga sendiri adakalanya
Mungkin sebab aku ni tunggal
lahir 'keseorangan' di dunia ni
yang memungkinkan aku
begitu menghargai seorang saudara

Mungkin

Mungkin aku sekadar insan berjiwa lemah
yang sunyi dan twisted...
yang mengharap pada mereka
yang tidak patut aku harapkan

Apa-apapun, aku sangat bersyukur
atas tiap peluang dan masa
yang telah Allah kurniakan
peluang bagi aku berkongsi sebahagian hidup bersama mereka

AlhamduliLlah...

Ya Allah
Engkau tahu akan doaku bukan?
Maka kurniakanlah apa yang terbaik buat mereka
Jauhkan aku daripada menyusahkan
atau membebankan
Moga mereka bahagia sentiasa
dalam redha dan rahmatMu
dunia akhirat

Aku betul-betul sayangkan mereka