Thursday, July 06, 2006

Terangilah mata hati...

Aku tidak mahu merasa begini.
Tidak tertanggung rasanya.
Sayang yang tidak dapat dizahirkan.

Dilema sekali lagi.
Haruskah ku terus atau membiarkan ianya berlalu?
Namun hatiku tahu akan jawapannya.

Aku tahu ia tidak akan serapat teman sekerjanya.
Aku tahu ia tidak akan semesra keluarganya.
Aku tahu ia tidak akan seakrab sahabatnya.
Aku tahu ia tidak akan seerat kekasihnya.

Aku yang datang di pertengahan.

Mengharap sesuatu yang berterusan.
Hingga ke ‘sana’ jika diizinkan.

Ku terima kurniaan dan ketetapan Allah.
Moga diRedhai dan diRahmati.

“Maafkan, wahai teman.
Ku menumpang di sudut dunia.
Mencari ketenangan.
Sampai masa ku pergi jua.”

No comments: