Sunday, November 08, 2009

Rensyuu

Mata rensyuu da! Berlatih lagi dan lagi...

Melihat dunia melalui lensa 50mm banyak mengajar aku erti komposisi. 3 gambar di bawah mungkin kelihatan sama tapi setiap satu ada perbezaannya.

Gambar pertama kurang menjadi kerana bunga yang menjadi subjek utama terkeluar daripada fokus. Sudut tersebut juga kurang menyerlahkan lengkungan ranting berdaun pada latarbelakang.

Gambar kedua juga kurang menjadi kerana tompokan bunga pada latar belakang telah mengganggu tumpuan terhadap subjek utama.

Beberapa cubaan selepas itu, akhirnya, suatu imej yang boleh kuterima walaupun masih ada rasa kurang puas hati.

Miso shiru: Sudut pandangan 50mm juga amat sesuai untuk memaparkan salah satu subjek kegemaranku- makanan :D

Kappamaki sushi: Namun jarak fokus tetap ini begitu terhad. Walaupun aku ingin mendapatkan imej yang serapat mungkin, setakat inilah sahaja yang dapat kuhampiri.

Yaki sake: Tetapi, dengan memperbanyakkan latihan, pasti akan terhasil gambar yang cukup menarik, insyaAllah...

Ghost House: Pameran sempena Halloween di One Utama.

Jack 'o Lantern: Pemandangan 'ngeri' kepala-kepala labu yang terpacak.

These shots did not come easy for me. Masih perlu lebih banyak latihan...

4 comments:

Unknown said...

waa..gud try...dah makin pro skrg ekr...rindu la nak jumpa ri..lama sgt tak jumpa..kalau dpt jmpa bleh borak lama2...apapon moga hobi baru ini dpt menceriakan Ri..May God Bless U..adios

i'm shin... i'm inesen said...

ganbate kudasai.. ne~ ari kun~

Ri said...

arigatou apai nii-chan, shin-chan! ganbaru yo! :D

Rsnie_za said...

just nak share, die ni siap letak details dkt gmbr yg dia ambil mungkin leh tolong yer..leh tgk blog die ni:-
http://apixaday.blogspot.com/

p/s tp blogger die dh lame tk update ader hobi baru kot...huhu