To quote Rudy Bluehikari no otomodachi,
"Jinsei iroiro, hito sorezore"
Lebih kurang maknanya- hidup itu pelbagai macam, manusia itu pelbagai ragam.
Di mana sahaja kita berada, pasti akan berhadapan dengan ragam manusia. Baik secara langsung mahupun secara tidak langsung (iaitu daripada kesan tindakan mereka).
Yang berbeza cuma dynamicsnya sahaja: mungkin di sini lebih individualism, di sana lebih favouritism, di situ lebih cat-fighting, di tempat lain lebih back-stabbing...
Dan setiap daripada kita juga berbeza dari segi kesesuaian diri serta kesabaran:
Sesetengah daripada kita akan memilih untuk bertahan.
Sesetengah daripada kita akan berusaha mencari yang lebih baik.
Sesetengah daripada kita akan berjumpa dengan apa yang dicari.
Sesetengah daripada kita akan terus mencari dan mencari.
Mana pilihan yang betul? Bertahan atau mencari? Sebenarnya, tiada pilihan yang salah. Jika betul kata hati anda, betullah pilihan yang diambil.
Yang lebih penting adalah pengalaman dan pengajaran yang telah dikumpul sepanjang kita bertahan atau mencari.
Tidak kiralah jalan mana yang lebih membawa kebahagiaan untuk anda, asal anda menggunakan seluruh pengalaman dan pengajaran yang didapati untuk membuat pilihan yang terbaik.
We can only do what we can, to the best of our ability. The rest...
1 comment:
melarikan diri dari masalah bukan penyelesaiannya..kite perlu hadapi dan berjuang untuk memperbaikinya....
penglaman itu yg lbih brharga...
anyway thnks..
Post a Comment