Wednesday, March 03, 2010

Kemang Indah kembali daa...

Berkejor kami ke PD lepas solat Jumaat...

...semata-mata supaya Pak sempat tengok rancangan al-Kuliyah petang tu. Tapi nak bawak lebih 110 diorang tak bagi nih! Mak Pak maleh layan saman speed trap :P

Ingat nak lepak restoran tomyam berdekatan malam tu. AlhamduliLlah, hujan selebat-lebatnya malam tu jadi aku pun layan mengantuk dengan khusyuknya!

Esoknya dekat-dekat tengahari skit, gi Pantai Telok Kemang untuk makan tengahari.

Sempat ler tengok satu geng mamat muda main bola sepak tepi pantai.

Balik, singgah jengok swimming pool kat apartment tu jap.

Huh! Ada gak yang rajin main air tengahari buta camni! Naik hitam dah aku tengok bebudak nih...

Ish, beshnyer berseronok adik-beradik, especially kalau adik beradik yang ngam! Korang takkan dapat bayangkan betapa sunyinya aku membesar sorang-sorang.

Sebab tu 1st chance aku dapat, aku cau cincau gi skolah asrama! But, that's another story :P

Malamnya, tunaikan hajat nak lepak kat restoran tomyam semalam. Malangnya tempat tu ada sekolah booking untuk majlis makan malam diorang...

Melepaslah juga... (nyanyi ikut rentak lagu S.M. Salim)

Dok jap amik angin. Then angkat kaki- blah!

Balik, sekali lagi singgah swimming pool. Cepat-cepat amik shot reflection lampu dalam air sebelum diorang tutup lampu!

Kalau korang perasan bebayang hitam dalam air tu, budak-budak yang dok sakan main air tengahari tadi!

Aish! Gigih tul!

Hari berikutnya, awal-awal pagi turun pantai belakang apartment.

Kalau ada sapa-sapa yang ingat entry lama aku pasal Kemang Indah ni dulu, lens kamera compact aku rosak sebab cuba nak amik shot seumpama pic di atas ni ler...

Pokok-pokok besar keliling pantai tu tengah berbunga aa... Harum weh! Rasa macam nak tanam satu kat umah!

Hoh! Ape ramai-ramai tu?

Oo... Ada bebudak UPM tengah jalani program ler...

Mula-mula tu aku segan gak nak join. Tapi berbekalkan kulit muka yang tebal serta kamera yang mahal :P aku terjah aje!

Nasib baik lar diorang ni sporting belaka!

Saje jer aku hitam putihkan gambor-gambor diorang ni... Tengah nak jinak-jinakkan diri dengan editing, hehe...

Di sebelah sana ada mat-mat motor tengah camping. Nampak brutal jer diorang ni. Rasanye blom cukup tebal kulit muka aku kalau kena bahan jadi aku tembak dari jauh jer...

Sebelum kami bertolak pulang, aku perasan burung merpati yang bersarang sekitar apartment ni dok kelibut terbang ke sana ke mari...

Aku ingatkan ape lar... rupanye ada helang dok target diorang!

Balik keja baru aku tau, weekend tu, aku miss dua photo shoot besar bagi aku-

pre-wedding Hassan (salah seorang faveret aku kat tempat keja)
dan
persandingan Liyana dengan Omar (salah satu modeling couple faveret aku- ingat lagi Putrajaya? ).

Dah bukan rezki aku ;) mebbe next time!

No comments: