Sunday, July 31, 2011

Semangkuk Maggi kari dengan telur

Menghadap hidangan itu, hampir ku tak tertelan...

Gambar ihsan daripada blog love2cook-malaysia

Tak sedap?
Bukan. Bahkan antara hidangan yang paling enak pernah ku rasa.

Aku menahan sebak sebenarnya, terharu bahawa ada seorang insan yang sangat aku rindu telah bersusah payah menjemput aku ke rumah serta menjamu aku makan dalam keadaannya yang serba kekurangan.

Beberapa kali cubaan untuk bertemu gagal semuanya. Malahan sudah 3 kali terputus hubungan akibat pergaduhan kecil. Aku ingat telah hilang langsung harapan untuk bersamanya.

Kini harapan itu bersinar semula. Dahan yang telah kering kembali menumbuhkan pucuk.

Namun perjalanan masih jauh.
Kini dia kembali.
Aku akan berusaha memastikan agar kami dapat terus bersama...

P.S. Hidangan makan tengahari di rumah Sue juga amat enak. Dengan semur ayam, sambal goreng, sambal tumis udang dengan petai, pulut durian, kek lapis Sarawak. Malangnya tak teringat langsung untuk mengeluarkan kamera untuk merakam memori itu :P Sedap punya pasal...

Friday, July 29, 2011

Ketibaan / Ceria

Ramadhan bakal tiba- sempatkah ku menemuinya?


Ini salah satu usahaku
untuk mendapatkan kemaafan
daripada setiap insan yang pernah berinteraksi denganku
sebelum ia tiba

Buat pembaca yang disayangi
baik yang Muslim mahupun bukan

Maafkan segala salah silapku
sama ada sengaja atau di luar sedarku

Harapnya
dibukakan hati oleh Allah
untuk memaafkan diri ini sepenuhnya

Bagi yang Muslim
aku berharap agar kita sama-sama
dapat melalui ibadah puasa dengan tenang dan jayanya insyaAllah...

aamiin

___________________


Daripada catatan di ruangan bukumukanya
Aku pasrah bahawa
hatinya telah diberi kepada insan lain

Namun sebagaimana aku
Dia juga seperti bertepuk sebelah tangan

Kerana
Cinta itu bukanlah kemahuan fikiran

Tapi mungkin peluangnya lebih cerah
kerana Dia sentiasa dapat mendekati insan pilihannya itu

Text yang ku kirim
dibalas juga akhirnya

Ya
Dia baik-baik sahaja
cuma keletihan lantaran overtime yang kerap

Mood ku yang sebelum ini suram
kembali cerah

Cukuplah bagiku
asal Dia sihat, selamat dan sejahtera

Cukuplah
alhamduliLlah

Monday, July 25, 2011

Sekadar teringat


Cebisan cerita
yang awak kongsi
menggambarkan betapa awak sayang dan ambil berat
orang di sekeliling awak

Kenapa
awak tak dapat
buat yang sama
untuk saya?

Mungkin sebab saya jauh
tiada pertindanan
antara kehidupan kita
kecuali ketika awak memerlukan

Atau mungkin
memang tiada titik pertemuan langsung
antara kita

Bermakna
hanya sekadar itu
diri ini pada awak

Namun
saya tetap
sayang dan rindu...

Friday, July 22, 2011

Your word...

Oh, Mr Director, Mr Director...
*shakes head sadly

What the @#!$ should we do with you?

You asked for one thing
Now you say you actually wanted something else?

Do you even know what it is you want?
(other than making life easier for yourself?)

And now I begin to realize
that unless it's minuted or recorded in some fashion
we can't hold you to your words.

I sincerely pray, that Allah will help you find your way...

Wednesday, July 20, 2011

Hizami, Nak Header Satu!

Perghhh!!! Ramai giler join event ni!

Haha! Aku pakai header yang sama sejak bulan Mei 2004.
Because this blog was initially intended to be anonymous.

But things change and besides, based on the number of followers, I don't think anonymity will be much of a problem :P
Jadi timbul le keinginan untuk berubah angin.

Dengan sebab itu...


Ke hadapan Hizami,

Saya nak header satu sebab saya rasa awak ni bijak, pandai, baik hati, hensem, pemurah, menarik, kelakar bertempat, rajin (sebab selalu update blog), artistik... eh? Apa? Ada had 20 perkataan aje?

Aisey...



Okey, okey, kita buat semula.
Ehem!

"Ke hadapan Hizami,

Saya nak header satu sebab saya dapati kebanyakan header yang pernah awak buat amat cantik dan menarik."

Dan saya ingin tag Gurlmogurl untuk penuhi salah satu syarat.

Untuk syarat 2nd last, I memang follow you, tapi senyap-senyap aje... Bole? Haha!
(dan aku masih belum dapat merasa Espressoup :'( awak jahat! )

Monday, July 18, 2011

Jalan-jalan Floria 2011

Hah! Layan le gambo-gambo merepek aku ni.
Memula ingat nak letak lirik lagu macam biasa... tapi tetiba rasa rajin lak nak meng'explain' :P

Oh, ya! Lensa yang digunakan untuk merakam tiap detik berikut adalah Tamron 17-50mm, f2.8 atas ihsan Manben. Tima kasih bebanyak!

Pehal ni? Takde pehal... Just can't resist the image of BK's logo side by side with McD like that.

Mesti korang pikir "What the hell..?" dengan gambo ni kan? Takde apa 'hell' pun. Bagi aku nampak macam menarik je...

Kalau dah lama baca blog ni la... mesti korang dah perasan yang aku minat amik gambo orkid.

Telah diterangkan oleh ayat sebelum ini.

Oh, aku suka layan muzik asli / tradisional live camni.
Cuma group ni aku nampak kurang semangat skit... except makcik hujung belah kanan tu- beria dia pukul gong sebelah tangan, sebelah tangan lagi dok goyang tambourine! Ewah!
Kalau aku tepuk tangan pun sebab dia lah!

Bonsai pun aku suka. Teringin sangat sangat nak bela sebatang.
Tapi nak maintain dia, ya Rabbiy... baik aku maintain apa yang aku mampu dulu :P

Aku tak pasti ni pokok orkid ke atau salah satu pokok jenis periuk periuk tu.
Bunga dah macam orkid atau lili. Tapi periuk dia bukan lak saiz untuk kera biasa. Hmm..

Sabor je aku tunggu area tu clear nak amik gambo daun tingkap bewarna ni. Elok-elok aku framing, masa snap tu la pulak minah sorang ni masuk bergambo kat situ!
Ish!

Seronok tengok brader-brader jual aiskrim ni dok barter aiskrim untuk souvenir yang disimpan dek sekumpulan minah penjaga pameran.

"Aku bagi ko double scoop dengan sprinkles, ko bagi la headband tu banyak-banyak skit!"

Nak menunjukkan betapa busy nye gerai orkid ni. Tapi entah camne, tak nampak lak busy...
Fail!

Dull sungguh! Bila amik gambo, begini lah hasilnya.
Aku takde idea nak setting camne lagi dah tapi percayalah- kalau tengok dengan mata kepala sendiri, display pokok-pokok ni teramat sangat cantik!

Marching band Sekolah Menengah Jalan Cochrane.
Rasanya memang tiap kali Floria diorang ni macam dah tempah slot untuk persembahan kot. Sebab biasanya organiser akan panggil pemenang marching band tahun tu untuk buat show.

Sanggup aku buang masa 15 minit kat pameran indoor ni semata-mata nak dapatkan gambor buih sabun sebijik.
Sedih kan u-olls???

Budak penjual belon.
Betul-betul tang entrance ke tapak pameran. Memang korang sebagai mak bapak kena sangat bersedia untuk cabaran ini.

"Nak gajah!"
"Nak Upin Ipin!"
"Nak BenTen!"

Adehhh... melayang! Hahaha!

Terpaksa balik awal atas permintaan 'ramai' (baca sebagai 'mak pak aku') :P
Pemandangan senja dari stesen ERL Putrajaya...

Sebab tak dapat stay sampai acara kemuncak waktu malam so tak dapat la nak bagi verdict, best ke tak best Floria tahun ni.

Cuma aku leh kata ada kureng skit tang daytime exhibits dan events dia berbanding tahun lepas. Mebbe sebab focus pada night-time?

Entah la, drebar shuttle bus pun komplen. Hmm...

K, bai.

Tuesday, July 12, 2011

Mengidam!

Mencik Hizami Rahim!

Sejak baca entry 3 Julai dia, aku asyik terbayang menatang alah tu!

Cari-cari kat Google mana branch terdekat.
Adeh, Bangsar?
Uhu... Langsung tak familiar area tu :(

Ntah camne, tadi nekad gak nak merasa lalu melilau le aku ke Bangsar

DAN...




...memang le aku SESAT! Haha! HuUUuuu :'(

Even lepas aku decide nak balik sebab tak jumpa tempat pun aku masih sesat nak cari jalan keluar ke area Pantai semula.

Ah! Payah payah sangat len kali aku naik LRT gi KLCC jer...
Direct tuju branch yang kat Convention Centre tu- baru puas hati aku :P

Ish, bila lak nak gi KLCC ni??? :'(

Saturday, July 09, 2011

Pemburu bayang...

...itulah aku.

Just sharing one of my favourite Ella tunes.
And if you've ever called me on my mobile before, you may find the chorus of this song somewhat familiar.


Actually, am missing a number of individuals quite badly at the moment.
Korang pun rindukan aku jugak ke?

Currently shredding old documents to pass the time :P

Thursday, July 07, 2011

Kemarahan...

I simply lost it at that meeting.

Righ there- in front of my colleagues, the engineers, the contractors...

I only realized it when I found myself banging the table, not forcefully but quite audibly enough to surprise those who have only known me for brief moments.

I managed to excuse myself to go to the washroom and wash my face.

But my heart sank because I've failed again to honour my pact with Budak Baik.


Budak Baik pernah bertanya tentang aku kepada beberapa insan di tempat kerja,

"Kenal tak XXX?"

"Yang muka sedih tu? Dia ada problem ke?"
"Oh, yang garang tu. Kenal! Nape?"
"Ha ah. Dia moody ek?"

Me- in a nutshell.
But I think you can probably guess as much from my writings.

He and I had a good talk after the Langkawi episode and I promised myself and to him that I will strive to be a calmer, happier person.
And to treat others well, no matter who they are nor how I personally think/feel about them.

I have managed well so far. There were the occasional hiccups and there was one almost major relapse.
But this second relapse shows that I'm doing far from well.
It made me think that I might not have progressed at all.

I miss Budak Baik.
I wish I could chat with him like before.
But he's moved on and I'm hardly a part of his life anymore.

I'm okay though. I have to be. Because right now in this life-



there's only me...

Tuesday, July 05, 2011

Perintah berkurung!

Tiba-tiba Pa bersuara

"Hujung minggu ni jangan nak keluar mana-mana,"

What the..?

"dan Jumaat nanti balik awal,"

What in the..?

Habis bersih segala angan aku untuk berhujung minggu.

Terima kasih Bersih!

NOT!!!

P.S. Orang bawah bodoh kerana perlu ganggu keamanan umum untuk bersuara; orang atas sama je bodoh sebab tak nak dengar suara orang bawah (yang kononnya terbela la sangat, haaakkh-ptuih!)


The week that's gone past...

Beginning the weekend before...

Saturday
Paid Abang Man a visit. Wished him a good trip to Jakarta this coming Tuesday.
Decided to catch a movie at Suria. Dylan Dog was the only show with the right timing.
Hung around KLCC Park before the show.

Sunday
Yearly ritual- the Koperasi meeting. Spot the Snuze in her natural element. That's one elusive predator we've got there :P

Monday
The kid suddenly made up his mind to drop by the office to see me. This time, I let the poor kid know in no uncertain terms that it's done!
Sometimes, you've just got to be cruel to be kind. But it's still so @&#@%$! hard to do!

Wednesday
The *&$^%! director put me in charge of something that wasn't my responsibility in the first place!
Weh! Ko nak mudahkan keja ko pun, jangan nyusahkan orang lah!!! >:(

Thursday
Amer called :)
Funny how such a small thing can mean so much to me.
Maybe because I know it does require quite some amount of effort on his part. Thanks big BIG!

Friday
Adakalanya, mengatakan tidak kepada permintaan seseorang itu adalah bukti yang terbaik bahawa kita sayangkan dia.
Tapi aku gagal menolaknya malam itu...
Adakah ini bermakna yang aku tidak sayang?

Saturday
Unofficially 'invited' to this expo (gembiranya aku, Tuhan saja yang tau).
I was surprised to find it interesting.
Slight regret that I couldn't make it earlier but it's sort of a blessing as well for someone like me who has difficulty saying 'No' :P

Sunday
A really long day.
Started by attending colleague's little brother's wedding at Putra Mahkota.

Terharu melihat member (kiri) yang pernah aku tolong tunjukkan sikit-sikit cara untuk menggunakan kamera DSLR, kini mampu berdiri sendiri, malah menjadi mahaguru kepada member lain (kanan).

Aktiviti mencapap di Warung Al-Baik, Pearl Point, Jalan Klang Lama, sebaik sahaja urusan pembelian D90 selesai.

Aktiviti mencapap sambil belajar di Taman Jaya.

Sambungan aktiviti mencapap sambil belajar.

Sesi mencapap sambil belajar berakhir di Little India, Bangsar.

Selepas tu makan-makan di warung tomyam Seksyen 17 sampai tengah malam sebelum dihantar pulang.
Mujur Myvi si Mazwan takde time limit jadi labu balik lepas kul 12 malam :P