Menghadap hidangan itu, hampir ku tak tertelan...
Gambar ihsan daripada blog love2cook-malaysia
Tak sedap?
Bukan. Bahkan antara hidangan yang paling enak pernah ku rasa.
Aku menahan sebak sebenarnya, terharu bahawa ada seorang insan yang sangat aku rindu telah bersusah payah menjemput aku ke rumah serta menjamu aku makan dalam keadaannya yang serba kekurangan.
Beberapa kali cubaan untuk bertemu gagal semuanya. Malahan sudah 3 kali terputus hubungan akibat pergaduhan kecil. Aku ingat telah hilang langsung harapan untuk bersamanya.
Kini harapan itu bersinar semula. Dahan yang telah kering kembali menumbuhkan pucuk.
Kini dia kembali.
Aku akan berusaha memastikan agar kami dapat terus bersama...
P.S. Hidangan makan tengahari di rumah Sue juga amat enak. Dengan semur ayam, sambal goreng, sambal tumis udang dengan petai, pulut durian, kek lapis Sarawak. Malangnya tak teringat langsung untuk mengeluarkan kamera untuk merakam memori itu :P Sedap punya pasal...
4 comments:
So true!! best giler makan.
And I wish you all the best and well in your relationship. (",)
Aw ... Kek lapis Sarawak is courtesy of Naz; her Mum's one is better than the one my 'rents or I bought in Kuching. Truly stupendous!!
Friendship sometimes can be like a braid. You undo the tie, and the hair spreads and separates, but you could always gather it together and rebraid the connection. Unless you chop it off.
Okay, lousy analogy. *snerk*
The maggie kari made me wish I wasn't fasting right now.
naz- thanks! bertapa sambut ramadhan ye? hehe.. moga berganda-ganda pahala ibadah ye
sue- oh, really? mmg marvellous la kek lapis sarawak tu! ada lg tk? :P
rad- haha! sabor..
Post a Comment