Saturday, August 27, 2011

Janji?

InsyaAllah...

Apakah pengertian sebenar kalimah tersebut?
Budaya 'majoriti Muslim' telah merosakkan keluhurannya.

Jauh sekali mengatakan diri aku baik sebab aku juga antara mereka yang pernah menyalahgunakannya.
Namun aku kini berusaha untuk mengamalkannya dengan betul.

Penggunaannya adalah satu janji sebenarnya.
Ia bermakna kita komited untuk mengotakan apa yang dikata.
Cuma ketetapan Allah sahaja yang mampu menghalang kita.

Ia bukan alasan untuk melepaskan diri.
Ia bukan penyedap pelapik kata ketika kita mahu menolak tanpa kelihatan seperti menolak.

Ia adalah janji.
Dan janji mesti ditepati.
Melainkan Allah tidak mengizinkan.
Itu pengertian sebenar kalimah tersebut.

Moga entry ini dapat memberi iktibar buat diriku dan setiap individu Muslim.

No comments: