Sunday, November 06, 2011

Salam 'EidulAdha

Aku kembali ke arena gotong-royong korban setelah 2 tahun menghilangkan diri atas sebab tugas.

Teringin sangat hendak merakamkan acara tersebut akan tetapi sebagaimana lazim saban tahun, ibubapaku akan menyertai.

Dan disebabkan faktor usia, mereka akan meminjamkan pekerja separuh masa mereka (iaitu aku) untuk membantu menguruskan korban tersebut.

Walaupun aku sanggup membawa kamera kesayanganku mengharungi terik mentari atau hujan monsoon mahupun bayu laut masin yang mengaratkan, aku tidak sekali-kali sanggup ia berpalit darah, najis dan pelbagai cecair organ dalaman.
Maka terpaksalah aku kuburkan cita-cita untuk menjadi jurukamera di 'EidulAdha :P

Dan aku dapati suasana tahun ini agak meriah:

1. Lembu disembelih liat nak mati- siap boleh bangun jalan-jalan lagi
2. Adegan mengejar dan kena kejar lembu yang terlepas
3. Gelagat budak-budak kecil yang hendak turut sama memerhati tetapi takut-takut geli

AlhamduliLlah, selain lama menunggu lembu untuk tumbang (lembu dalam peristiwa 1 itulah lembu group aku), segalanya berjalan dengan lancar.

Mujur esok cuti. Moga sempatlah juga aku selesaikan segala kerja yang terhutang insyaAllah.

5 comments:

hawiz said...

selamat hari raya aidiladha

Ri said...

tima kasih :)
hrp hawiz jgn sedih2 sgt k?

hawiz said...

xsedey..cume lapa..tu jer..sedey dh kurang da..

i'm shin... i'm inesen said...

selamat ari raya ek.. smlm org bikin ayam bakar ikot resepi ari bagi kat shin dulu

Ri said...

salaam 'eid juga wat shin :)
owh! wat ayam panggang microwave lg? best!!!

mak dah lama tk masak tu..