Monday, August 13, 2012

Sunyi...

Ke mana mereka semua?

Tahun ni surau kawasan kejiranan aku luar biasa sunyi.
Hari pertama Ramadhan sekalipun, paling kuat 5 saf. Sedangkan sebelum ini mampu mencapai 9 saf penuh- malah melimpah ke luar!

Bila aku fikir-fikirkan kembali, aku dapati beberapa punca:

1. Ramai jiran berumur yang telah meninggal dunia.
Tiada ibubapa, tiadalah lagi anak, menantu dan cucu yang datang berkunjung.

2. Ramai jiran muslim yang telah berpindah.
Ini yang paling sedih. Disebabkan kenaikan value rumah, ramai yang mengambil keputusan untuk menjual rumah mereka lalu pulang ke kampung. Dan yang mampu membeli, rata-ratanya adalah non-muslim.

3. Kawasan parkir yang sempit.
Almaklumlah, bermula dari surau kecil kini telah dinaik taraf menjadi surau Jumaat. Permainan musical chairs di sini memang sangat mencabar! Oleh itu, ramai yang memilih untuk ke tempat lain.

4. Banyak masjid yang berhampiran.
Terdapat hingga 3 ke 4 masjid utama di sekeliling kawasan kejiranan kami yang menawarkan imam-imam tahfiz muda dengan alunan qiraat yang lebih menarik serta tazkirah yang lebih menyengat.

Daripada itu, aku sangat faham akan situasi surau kami kini. Tapi perubahan yang begitu mendadak selang sekadar setahun sahaja amat mengejutkan dan mampu membuat aku sebak.

Bagaimanakah agaknya keadaan di tahun-tahun yang mendatang?

2 comments:

Faizal Sulaiman said...

berdoa, agak ramadan mendatang masih diberi kesihatan utk terus beribadah

Ri said...

@faizal
moga disampaikan kita dan semua yg kita syg ke ramadhan akan dtg