Monday, July 01, 2013

Q & A (ii)

Iyllienaz pernah menasihatiku agar bersyukur atas setiap perkara suka mahupun duka yang aku alami kerana kedua-duanya nikmat Allah untukku.

Tiada ketika yang lebih mengingatkan aku akan nasihat beliau itu seperti ketika ini- dalam suka duka yang bercampur gaul.

Betapa aku sedar bahawa

aku hanya meminjam sedetik masa

mencuri sedikit perhatian

mencicip setitis kebahagiaan

sekadar menumpang

seketika...


Q & A.
Soalan dan Jawapan.

Aku betul-betul sayang akan mereka berdua.
Namun rindu dan cinta mereka milik yang lain.

Siapalah aku di sisi mereka...

Sapaan pesanan ringkas pun jarang berbalas apatah lagi panggilan telefon dan jauhlah sekali untuk bersua...

Tapi ada kalanya, aku diberi peluang seperti ini.

Maka aku mahu mereka tahu yang aku amat menghargainya. Aku hargai sangat-sangat.

Aku gembira dapat berbakti untuk mereka yang aku sayang.
Aku lebih gembira jika dapat membuatkan orang yang aku sayang gembira.

Dan aku sentiasa memohon agar persaudaraan dan kasih sayang ini berterusan dunia akhirat dalam redha dan rahmat Allah...

Q & A.
Soalan dan Jawapan.







P.S. Ditulis dalam keadaan letih dan mengantuk yang amat sangat, tapi aku perlu luahkan dan dan juga!

2 comments:

Faizal Sulaiman said...

bersyukur :D

Anasyg said...

xbaper pham tp, ap2 pun, inshaALLAH setiap tali persaudaraan itu tkkan tputus. Mcm air yg dicincng:)