Kehambaran sambutan perayaan tahun ini begitu terasa.
Walaupun riuh rendah jugalah rumah dengan setiap pengunjung yang tiba, berita keuzuran serta kematian saudara mara memalapkan keriangan yang terjana.
Ada yang beraya tanpa nenda, bonda atau ayahanda buat pertama kali. Ada yang beraya di hospital.
Sama juga khabar beritanya daripada sahabat handai.
Namun terselit juga beberapa berita baik, iaitu kelahiran seorang 'anak saudara tak rasmi' dan seorang lagi anak kepada kenalan.
Jauh sekali dari terlintas di fikiran yang berita sedih buat diriku bakal tiba dalam masa yang terdekat ini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment