Aku sangka aku kenal mereka ini. Aku pernah bekerja dengan mereka, pernah susah senang bersama.
Hingga kini, apa jua permintaan mereka yang berada dalam kemampuan akan aku penuhi tanpa banyak bicara. Jadi kenapa mereka perlu berkira apabila staf jagaanku meminta bantuan?
Sungguh aku tak mengerti.
Apakah yang telah berlaku sehingga terbinanya lapisan cangkerang birokrasi dan sindiran tajam melingkungi mereka?
Sesuatu mesti dilakukan. Lebih-lebih lagi setelah Big Boss memanggil aku mengadap bagi menyampaikan harapan beliau terhadap tanggungjawab baru yang kupikul.
"Your job is to facilitate," beliau mengamanahkan.
Apa yang boleh aku buat untuk memperbaiki keadaan ini?
Bagaimana pula dengan manusia yang sesuka hati mengikut kepala anginnya sendiri di sana?
Ditambah pula dengan sikap pengurusan di kawasan yang sentiasa sesak itu?
Aku rasa aku kena tumbuhkan lagi 2 kepala untuk membantu aku berfikir :P
Namun aku sedar bahawa walau apa pun yang aku lakukan, pasti akan ada yang tidak puas hati.
Jadi baik aku buat kerja sebaik mungkin. Selebihnya aku berserah...
1 comment:
Wong yo koyo ngono. Dibantu arep, membantu orak gelem.
Kekadang orang lebih mahu menolong bila peer dia (yakni yg sama pangkat atau lebih tinggi) yang membuahkan hasrat. Tapi juga mungkin perlu diajar sang kanak2 cara untuk berlembut lidah dalam meminta bantuan.
Post a Comment