Wednesday, January 27, 2010

Selamat Datang Sang Rimau Besi!

Seperti biasa, bila ada waktu senggang yang sesuai, aku keluar rensyuu.

Berbekalkan kamera serta lense 50mm, aku ke One Utama. Suasana sambutan Tahun Baru Cina cukup terasa.

Kalau raya kita dengan ketupat, pelita dan sebagainya, mereka ada bunga kekwa...

...ang pau, mangkuk tepen (omputeh panggil tiffin carrier)...

...tang lung merah (wajiiibbb!!!)...

...serta figura rimau dalam pelbagai bentuk, warna dan saiz. Tahun ni kan tahun rimau...

Kucing = rimau, kaitan simbolik camni pun boleh pakai jugak rupanye.

Belah new wing ada persembahan Shao Lin. Tinggi betul diorang ni lompat.

Bagi yang berminat, kalau tak silap dengar, show ulangan adalah Sabtu ni, 30 Januari pukul 8.00 malam.

Aku sangat rekemen show ni untuk buat rensyuu photography. Macam-macam pose menarik ada!

Belah old wing pulak ada persembahan akrobatik Cina.

Budak-budak yang buat show ni jadi masih banyak fumbling semasa persembahan sebab kurang mahir lagi.

Tapi still cukup banyak aksi menarik yang boleh korang rakam di sini.

Malangnya aku tak dapat maklumat bila lagi show ni akan diulang.

So kalau korang nak try amik gambar seperti ni, jengok-jengok ler One Utama hujung minggu ni.
Mana ler tau kot ada show lebih menarik ke...

2 comments:

Unknown said...

dulu pernah tgk geng akrobat ni beraksi di Genting hihgland..

i'm shin... i'm inesen said...

hebat nyaaaaaa! tukang ambik gambo berjaya bikin org yg tengok rasa benda hebat... so memasing HEBAT