Saturday, August 13, 2011

Salahkah ketam?

Seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul.

Antara perumpamaan Melayu.
Namun ada kalanya aku kurang setuju.

Mungkin tafsiran aku lebih literal dan kurang menepati erti sebenar sindiran tersebut.

Memanglah senget jalannya ketam.

Mungkin sukar baginya menunjukkan cara yang betul kerana ia sendiri tidak mampu berbuat demikian.

Mungkin ilmunya terlalu cetek hingga menghalangnya daripada membimbing anaknya dengan baik.

Tapi salahkah ketam mahukan anaknya menjadi lebih baik daripada dirinya sendiri?
Aku rasa ia satu niat yang mulia...

3 comments:

Snuze said...

The beauty of Malay sayings is also how ambiguous it can be. So you can accept it in a positive, or a negative way, darling. So long as it makes you happy.

aidil dbahri said...

kenapa ketam? bukan binatang lain?

Ri said...

sue- oooh! me happy :D hahaha!

aidil- hmm.. ye tak ye ek? nape ketam yang kena ek? orang utan pun pengkar gak jalan. hmm..