Ahad lepas, aku dan Wan jalan-jalan kat Bandar Hilir, Melaka.
Dari tol Ayer Keroh nak ke bandar tu macam jauh kemain- bukan jauh mana pun, tapi disebabkan asyik sangkut kat traffic light.
Meriah traffic light sungguh Melaka ni, tak yah pasang lampu hiasan jalan dah rasanya :P
Jangan sesekali korang bandingkan dengan beca sarkas yang ada kat bandar nun! Bingit! Baik dari segi pemandangan mahupun pendengaran! :(
Macam pusing satu dunia gamaknya cari parking. Pas tu menapak ikut tepi Sungai Melaka dari Casa del Rio (RM700 satu malam!) ke Jonker's Walk.Peduli ape, aku dengan Wan- tembak, lari ler...
Fresh sotong bakar kat sebelah tu lak sangat harum semerbak. Nak beli tapi teragak-agak so bye aje la... huhu!
SubhaanAllah! Masjid Kapitan Kling sangat cantik, okey? Macam-macam details menarik yang buat kami leka kat situ beberapa ketika.
Penuh ukiran kayu, tingkap kaca serta jubin yang pelbagai corak dan warna. Bentuk luaran unik, ikut rekabentuk bangunan Cina macam rumah-rumah sekitar tu.Kebetulan masa tu, orang kampung tengah rewang untuk jamuan sambutan MaulidurRasuul malam nanti, jadi ciput aje la spray dia...
AlhamduliLlah, tempat parking kami selamat... In fact, aku dengan Wan sempat posing cantik sementara diorang menyaman semua keta yang bersusun kat belakang kitorang tu :P
Lupa lak patutnya aku dok diam je supaya image aku stay sharp :P
Kesian Wan, banyak gambar dia tak jadi sebab aku dok gerak-gerak. Hasilnya boleh tengok kat blog Wan.
Eh, kawan aku ni ada bakat jadi model aa.. Rupa ada, gaya pun ada ;)
Punya la ramai ummat, dekat 15 minit gak le menunggu peluang nak beli air. Nampak cantik lak ketul ais dalam soya cincau aku ni, so aku snap la... Uh, rasa haus lak tetiba :P
Gambar bebudak tengah main buih sabun sementara nak tunggu naik cruise. Beratur panjang gak le, especially bila makin lewat malam.
Kagum lah! Aku yang nak buat artwork atas standard sized drawing paper pun bercinta nak menyiapkan, inikan nak lukis kat dinding bangunan berpuluh meter panjang.
Good job, kids!
Aku tertunggu-tunggu nak tengok Eye on Malaysia dengan mata kepala aku sendiri tapi rupa-rupanya dah lama tukar jadi Eye on Malacca.
Drebar bot tu bagitau yang Eye on Malaysia tu dah dihantar balik kampung dia, banyak masalah dan azab nak maintain...
Aku tengok tren tu dok situ je memanjang. Tak sure diorang ada plan nak sambung trek ke destinasi lain pulak memandangkan problem yang ada.
Mengikut drebar bot tu lagi, lighting dan sebahagian bangunan kiri kanan sungai sepanjang laluan cruise ni kerajaan negeri tanggung.Kalau ikutkan plan Melaka Bandar Teknologi Hijau, patutnya sustainable la...
Menatang tu jadi daya tarikan untuk pelancong asing tau? Dan drebar bot tu kata, yang paling besar dekat 20 kaki- rupa dah nak macam buaya dah.
Papepun, bagi aku (tolak percikan 'wangi' air sungai yang sekali-sekala menampar wajah), aku agree dengan pendapat mereka yang rekemen trip ni: memang berbaloi, especially time malam.Aku kurang amik gambar sebab keadaan yang amat sesak tu buat aku kurang selesa nak setting composition. Foto Wan lagi banyak dan lagi cantik!
Terserempak la pulak orang buat cop nama ni. Dah memang lama aku cari walaupun aku dah ada 2 cop nama yang lain- the first, aku memang pakai sekarang sebagai signature sebarang design yang aku buat (kat banner aku tu ada); the second, aku kurang gemar senirekanya jadi aku simpan aje.Yang kali ni punya aku memang sangat suka, size kecik skit daripada cop pertama dan ikut senireka tulisan Dinasti Qin (kata orang tu lah...).
Entah nak guna untuk ape, tengoklah nanti.
Mungkin itulah pengaruh rokok sebenarnya. Ketagihan nikotin tu datang kemudian, tetapi gaya macam cool tu yang jadi penariknya.
*sigh~ I really shouldn't be 'promoting' it like this...
Kat hujung (sebenarnya pintu utama, kitorang datang dari arah bertentangan) Jonker's Walk tu ada lak persembahan tarian beramai-ramai oleh satu persatuan Cina. Ni sempena chap goh meh kot.Budak yang ikut mak dia menari tu sangat cute!
Lalu satu gerai fried oysters- perghh! Harumnya bau! Teringin nak beli tapi teragak-agak jugak macam kes sotong bakar tadi :(
Sapa-sapa bole rekemen kat aku tempat sesuai yang ada hidang menda ni?
AlhamduliLlah kami selamat sampai sekitar jam 2.00 pagi. Seronok betul trip ni!
Wan, tima kasih bebanyak sekali lagi ye! Bila-bila ada plan lagi roger aku, okey?



3 comments:
wooo!! best kan melaka? Haha. percikan wangi air sungai tu memang 'best'! lol.
jalan2 kat lorong umah2 kampung kat mlaka ni pon best gak ^^
nice coverage bro..haha.email ler hi res kat email aku.huhu
Post a Comment