Sunday, September 29, 2013

Hmm... Gigihnya beraktiviti :/

Sabtu, 28 September 2013- jadual tiba-tiba menjadi padat penuh dengan aktiviti.


Suka-suka belajar memanah bersama rakan-rakan sekerja. Kebanyakan kami belum pernah mencuba. Ada yang buat-buat tak tahu untuk beri semangat pada yang baru belajar.


Minat memang minat, tapi kalau dah memanah tu semuanya ke laut, frust juga dibuatnya.


Pengiraan markah di akhir sesi. Ini hasil panahan orang yang buat-buat tak tahu tadi :p Tension mek!!!


Selesai sudah acara memanah kita untuk hari ini. Mujur kebanyakan masa cuaca mendung. Oleh itu, aktiviti ini berjalan dalam keadaan yang amat selesa.


Sebelah malamnya pula, menghadiri Karnival Citrawarna 2013 anjuran Kolej Politeknik MARA Kuala Lumpur. Lama sungguh tinggalkan suasana ini. Begitu nostalgic rasanya.


Lepas tu layan budak ni cari jalan ke Lookout Point sebab dia teringin sangat nak experience tempat tu. Aku on aje. Lagipun, dia yang tolong bawa aku ke Citrawarna so why not show him the way there as a 'thank you'?

Terima kasih, Shukrey!


View dari Lookout Point. You just have to be there to enjoy it!

Sampai rumah jam 2.00 pagi. Kena bebel dengan Ma... :p

No comments: