Foto ihsan Wan (dia yang ambil gambar ni guna kamera aku)
Untuk kali ke berapa entah aku berjaya memujuk Wan untuk ke Kampung Baru mencari makan dan akhirnya dapat juga aku kembali menikmati bubur berlauk.
Boleh tahan jugalah rasanya. Aku pasti ada kedai yang menyediakan sajian yang lebih enak tapi aku kurang berkira kali ini kerana hendak melepaskan rasa mengidam itu sahaja.
Lagipun aku langsung lupa di mana gerai yang pernah aku kunjungi dulu- tempat aku dibawa oleh kenalan-kenalan lama untuk melayan hati yang duka.
Aku rasa pernah aku coretkan di blog ini, tentang hadirnya 2 orang pengamen (pinjam istilah daripada Bahasa Indonesia) ketika kami sedang menjamu selera.
Kami dihiburkan dengan beberapa buah lagu yang mana salah satu daripadanya adalah lagu Pupus nyanyian Dewa, yang sangat tepat mengenai batang hidung aku! Haha!
Dan aku dapati, setelah 14 tahun berlalu pun aku masih dalam situasi ini :p Haih!
No comments:
Post a Comment