Disebabkan tempias mood Raya yang berada disekeliling, maka aku keluarkan 2 keping gambar Raya lama buat hiasan
Rindu sudah berbalas
Sayang sudah bersambut
Kami berdua mahukan bentuk perhubungan yang sama.
Oleh itu, ya Allah, berikan kami kekuatan, ketabahan dan kesabaran
untuk mematuhi segala perintahMu
dan menjaga batas-batasMu.
Kekalkanlah kami dalam sebuah persaudaraan yang diredhai dan dirahmati
hingga akhirat nanti.
aamiin
_____________________
Akhirnya terpaksa juga aku membuat pengakuan pada Abang Haji.
Itu merupakan perkara yang amat amat sukar bagi aku sebab... ye lah kan- aku gelar dia sini pun Haji, so paham-paham je la orangnya baik camne.
Sampai saat ni pun aku masih tak keruan lagi.
Kalau boleh la, macam nak delete aje seluruh perbualan semalam (termasuk part merisik tu :P).
It's just that I get enough flak from my parents, so I don't need more flak from another person I love and respect.
Entahlah... what's done is done.
In fact, aku jemput dia untuk baca blog aku ni.
Tentulah selamanya dia takkan faham sebab bagi dia, apa yang benar adalah benar (which is true).
Tapi at any point, Ri tak harapkan kefahaman Abang...
...cukuplah sekadar Abang tau dan terima.
Ri akan usaha untuk jaga diri Ri sebaik mungkin, supaya tak terpalit kesalahan atau keaiban pada Abang. Okey?
2 comments:
People who have never walked in your shoes, tread your path, don't know the pain of being a round peg in a square world.
Them's the breaks, darling. *hugs*
Abg Haji menjawab....
Terima kasih atas gelaran tersebut.... tapi pada saya biarla gelaran itu tersemat dalam hati saja...biar ia menjadi kalimat berbentuk benteng terakhir tatkala berdepan ujian yang dashyat, dan tatkala itu kita perlu mengingatkan diri kita, wahai Amir, kamu sudah Haji, tak baik kalau kamu lakukan perkara ini....saya terima positif setiap pengakuan biarpun pengakuan itu negatif sifatnya....PERCAYALAH BAHAWA ALLAH SESEKALI TIDAK AKAN MENGUJI HAMBA-NYA MELAINKAN DENGAN KEMAMPUAN HAMBA-NYA ITU....saya tetap bersama sdr....INSYA ALLAH...
Post a Comment