Monday, September 03, 2018

Keputusanku

"Engkaulah cinta yang selama ini aku cari


Ku relakan jiwa untuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu

Kerana engkaulah nadi yang menghidupkan aku, yang mampu melarutkan setiap sepi hatiku


Akan ku biarkan mati hatiku selamanya sehingga kau datang membangunkan aku"


Yang mungkin sampai bila pun tidak akan jadi nyata
namun bulat sudah tekadku
biarlah ini yang terakhir


Foto ihsan Dr. Mashkur dengan Samsung Galaxy-nya
Petikan berkaitan daripada lirik lagu Relakan Jiwa

Wednesday, March 21, 2018

Belacan vs. Keretapi

Blacan-ae tipuh, munggi-nae BLEKKK!
Nang kono keretapi berlanggaran, munggi-nae *ting

Berderai tawa kami ketika arwah Didi menyebut "perumpamaan" tersebut.

Walaupun pastinya kurang tepat sebutan dan lahjah dari segi Jawa Malaysia baku, sudah cukup real bagi kami lagi menggelikan hati.

Maksudnya lebih kurang, apabila belacan jatuh di depan kita bagaikan kuat benar bunyinya, manakala bunyi keretapi yang berlanggar nun jauh di sana berbunyi sayup hampir tak kedengaran.

  vs.

Perumpamaan tersebut menggambarkan bagaimana masalah yang kita hadapi tampak begitu besar pada pandangan kita.

Sedangkan orang lain mungkin sedang menghadapi dugaan dan cabaran yang jauh lebih besar dan mungkin memerlukan sokongan / bantuan kita tetapi tidak kita hiraukan.

Terimbau kembali zaman silam, 20 lebih tahun yang lepas- mengenangkan betapa selfish-nya aku ketika itu.

Sedih.


Wednesday, August 16, 2017

N & R

Dalam renyai hujan, jemputan yang ku tunggu-tunggu tiba akhirnya.

Kebasahan.

Bagai ditangisi.

Tangisan gembirakah? Tangisan dukakah?

Mungkin kedua-duanya.

Setinggi-tinggi tahniah ku ucapkan buat N & R!

R, memang telah lama aku pasti kau lah pilihannya.

Dengan sepenuh hati aku doakan agar kamu berdua sentiasa kekal bahagia dalam keadaan sihat sejahtera dunia akhirat.

Moga dihindarkan sejauh-jauhnya daripada qada yang telah ku lalui.

Thursday, June 01, 2017

Drama at the Masjid

Mr. Chairman got a real dressing down at Taraawih yesterday.
In public :o

I guess he took matters into his own hands one time too many.

Wednesday, May 31, 2017

N

I received news yesterday evening.
N is getting married.

Ureshii desu. Shiawase mo, kanashimi mo.

Di sini kami bertemu.
Dan dia menjadi salah seorang kesayangan aku
yang amat, amat aku sayang.

Walaupun hanya aku sahaja yang rasa.
Selalunya aku dipergunakan mungkin.
Peduli apa aku?

Moga dengan ini dia tenang sentiasa
bahagia selamanya.
Di samping si dia yang menjadi pilihan hati.