Friday, March 27, 2009

Iklan anti rokok!

~Ngeee... :D


Sangat sinis. I like...

Wednesday, March 25, 2009

Big Screen Breakdown: Dragonball Evolution and Race to Witch Mountain

Ooh... Looks gempak doesn't it?

Don't expect too much! There's only so much you can do when you attempt to compress above 20 volumes of manga into an hour 10 minute flick.

The story is simple like the manga but lacks character development, which is the manga's biggest strength. Even the manga has some surprises in terms of story.

Nothing groundbreaking about the CG. It's only the thrill of seeing things in the manga, such as Bulma's capsule bike, being brought to life.

I feel that the minor fight scenes and lesser skirmishes (examples, Goku vs Gohan, Goku vs school bullies) held more interest than the main battle between Goku and Piccolo.

Not boring but not attention-rivetting either...

For those of you old enough (like me!) to remember the above Disney feature where Tia and Tony attempted to escape to Witch Mountain, here's the remake!

The story has been modernised of course. Still sappy at times (it's a Disney! what did you expect?) but, to me, is still way more engaging than Dragonball.

Casting Dwayne Johnson as a less than ordinary cab driver was a good choice and makes their escape more plausible. His acting is quite good, especially if you compare him with Arnie Schwatzisname...

Even though the basic story was similar, but enough changes were made that it did not trigger any nostalgic responses throughout the movie. It was like watching something new.

Not that great but really worth my money...

Tuesday, March 24, 2009

Suatu kisah hujung minggu...

Macam-macam plan aku hujung minggu yang lepas tau?


Kena hadir seminar kat sini hari Sabtu dan Ahad...


Lobi nyer cantik, mewah...


Masuk jer nampak banyak-banyak tiang bermotifkan songket. Tempat ni dipanggil 'Songket Lounge'.


Lepas Jumaat, sambut Ben kat Puduraya. Petang tu dia janji jumpa member dia, Sham, kat Suria... Plan nak gi Jalan TAR survey kain (untuk baju Raya ni, gigih tak gigih?) :P


Malangnyer ujan so mostly lepak kat Kinokuniya (aih... beli manga dengan 'buku tak perlu' lagi) dan lepas Maghrib makan kat food court. Tukar plan gi Jalan TAR tengahari esoknyer...
 

Pagi buta dah kena dengar orang membebel... lebih malang pabila 2 sesi bebelan paling awal mendatar bak lullabye... time rehat 30 minit, orang sibuk melantak, aku sibuk cari port tido!


Lepas rehat tu menarik lar skit speaker tu ceramah. Berminat gak nak catat satu dua point yang dirasakan boleh dipakai nanti...


Lepas Zohor, temankan Ben dan Sham ke SOGO dan Jalan TAR. Setelah menggempur sejumlah kedai, dapat gak kain yang diorang hajatkan kat Harison's...

Balik lewat petang dekat kul 7.00 gak! Rehat jap, merasa gi berenang jap. Opps! Takde gambo renang ye... kalau korang nak sangat tengok, gi Google image 'manitee' kat internet- lebih kurang jer dah rupa... :P

Siap mandi, teringin nak rasa makanan hotel... so bermulalah rentetan gambo-gambo tak bermakna buat korang...

Rezki baik lar... kebanyakan makanan buffet kat Taman Sari ni memang tasty! Variety of desserts dia tak hengat dunia! Puas makan!


Part of the dessert selection. Ada lagi kek, aiskrim, buah dan air batu campur kat kaunter seberang sana!


Salad pun macam-macam pilihan, baik vege mahupun sauces!


The dishes, Asian fare selang seli dengan Western cuisine... Bole pilih untuk makan dengan nasik... Belah lagi satu ada Indian delicacies lak! Tapi lighting situ kureng so aku maleh buang film (film kaedahnyer???)...


Sempat amik gambor ayam tandoori tapi tak sempat merasa sebab dah kenyang dan diorang nak tutup dah (dok melantak dari dekat kul 9.00 sampai nak 10.30!)...


Tengah pusing-pusing amik gambo dalam hotel tu, terserempak akak yang terer main piano ni! Besh dia main... lagu yang mula-mula tu tak tau lagu ape tapi lepas tu dia main lagu 'Anakku Sazali'...


Ade live band gak malam tu... Ni baru 2nd time (betul lar!) tengok local band perform kat mana-mana hotel lounge yang penah kita pegi.

Yang 1st kat Sheraton Perdana Langkawi, Amylea dengan bapak dia perform just before dia masuk AF. Biasa Filipin jer...


Ahad, lepas hantar Ben ke Puduraya awal-awal pagi, sambung lagi seminar... Sampai ler kul 1.00 tengahari! Ni dia farewell lunch untuk kitorang...

Clockwise from ketam masak kari hijau Thai- ayam masak tomato, Chinese style beefsteak, sayur berkuah krim, fish in lobster sauce dan asparagus with scallops... Yummy! Jemput makan ye! :)


All this
may have costed me
a pretty little packet

But the smile on your face
the light in your eyes
is absolutely priceless!

You know who you are... ;)

Thank you very much for making me happy...

Sunday, March 22, 2009

Menggapai impian...

Suka lagu ni :)


"Yume mite yo
Mirai wa kitto
Kibou ni afure
Kimi no soba ni aru
Dakara zutto zutto yume mite yo..."

Lebih kurang maknanyer...

Lihatlah (gapailah) impian
(walaupun) Masa depan itu sesuatu yang pasti
Harapan melimpah ruah
Sentiasa berada di sisimu
Oleh itu, sentiasalah melihat (menggapai) impian

Err... kalau kalau Rudy-sensei ada lalu, betul ke terjemahan tak bertauliah ni ek? :P

Tuesday, March 17, 2009

17 March...

Otou-sama, otanjyoubi o omedetou gozaimasu yo!


The cake- Only 2 reasons why we bought it: the fresh cream frosting and the fruits. We have to eat the rest since they came attached to those two things :P
 

The feast- Mee Raja from Seri Murni restaurant at SS2, PJ... 2 servings were enough to feed 3 of us!

Otou-sama, may you live strong in Faith, ever healthy, safe and happy... Amiin

Friday, March 13, 2009

Nostalgia UM

This is twin to Abang Apai's entry... The other side of the coin.


Yes, I was very sad when the boria team was disqualified. Not so much for the team but for Apai. He was team manager that year and I knew how damn hard he worked at it...

In my opinion, most of his team members weren't exactly the most cooperative and supportive of people. But being the problem solver he is, he took in all in stride and made it work!



And I wasn't exactly the best friend he could have had back then (and I don't think I'm such a good friend now either)... But I was a really lost kid back then- lost in my feelings, lost in my dreams. Just simply plainly f**king lost...

P.S. Ye, yang berzapin dan berjoget atas pentas DTC itu aku :P

Wednesday, March 11, 2009

Bandar Tenggara dalam kenangan...

Tetiba budak bandor masuk Felda... Pehal? Budak ke??? :P


Kita pegi pun sebab ada orang sudi jemput. Ni lar dia sebahagian ruang utama rumah Ben, tempat kita menumpang untuk 2-3 hari... Mekaceh banyak-banyak ye!


Ben ni terer gak menghias. Antara points of interest bagi kita dalam rumah tu adalah meja rotan with glass top yang dihiasi set catur kaca ni...


First day, makan tengahari kat umah mak pak Ben. Dapat lar merasa buah markisa yang dia dok kecoh-kecohkan kat blog dia dulu. Atas tu gambar buah yang belum masak lagi.

Rupanyer kan, bukannyer buahnyer yang dimakan. Lepas si Ben belah dua menda tu, kita tunggu dulu, perati camne dia makan. Tengok-tengok dia cedok biji-biji buah tu jer untuk dimakan.

Sib baik aku tak kokak terus... Huhuhu! :P



Tengahari tu, kak ipar Ben singgah umah dan kitorang dok eksperimen buat cupcakes dan kek coklat. Cupcakes tu mostly jadi tapi satu kek coklat macam tak cukup masak :P

Petang tu lak, tengah dok tunggu ikan bakar siap untuk makan malam, layan pemandangan bunga pokok tecoma gugur kat padang depan gerai tu. Cantik gak walaupun macam bersepah jer...


Hari selepas tu, berkejar ke Kluang cari tiket bas. Nanti mampuih aku tak dapat balik KL Isnin nanti! Gigih ni, naik moto! Ada ler dekat 45 minit baru sampai Kluang tu...

Lepas beli tiket, singgah makan kat Restoran Suria yang specialize in halal chinese cuisine. Tengok lar kawan kita ni... releeekk jer dia parking Ego dia kat tempat keta parking :P

Ntah bape banyak 'pahala' dia dapat tengahari tu ek? Hehehe...


Ni makanan yang Ben order: nasi lauk ayam masak sweet and sour with chinese tea on the rocks :) Tasty! Kita order Cantonese style kuey teow dengan warm chinese tea. Gambor dia ada kat blog Ben- lupa nak copy. Tapi kuey teow dia memang meriah, banyak tul isi!



Lepas solat Zohor, tetiba si Ben gatal mulut tanye ade nak pegi mana-mana lagi. On the way tadi perasan sign Hutan Rekreasi Gunung Belumut jadi tanyer lar dia pasal tempat tu dengan penuh risau sebab nampak cam jauh...

Dan memang jauh pun! Tapi dah pemandu pelancong kata okey kan (ciann dia...) lalu kami dengan gigihnyer bermotosikal dari Kluang ke Gunung Belumut!


Ni dah dekat sangat dengan pintu masuk dia. Lalu kebun sawit tapi jalan elok bertar so takde ler ralat sangat rase... Tapi tengok-tengok banyak keta patah balik, pas tu parking kat area celah-celah pokok sawit tu.

Ler... tutup rupanyer, tak boleh masuk! Tengah renovation (kunun nyer lar... padahal projek terhenti sebab ape ntah).

Kitorang pun pasrah lar terus parking jer kat situ. Alang-alang dah sampai, jengok jer lar ape yang ade... Kempunan nanti payah :P



Gambar penyedap hati kat kawasan yang tak ramai sangat orang mandi manda... :P


Alih-alih, Ben dengan inesennyer cadangkan untuk terjah jer masuk kawasan rekreasi tu ikut sungai dan jalan hutan. Lalu kitorang dengan semakin gigihnyer, terus bukak kasut dan meredah ke hilir sungai...


Cehhh... Mentang-mentang dia dah biasa, melaju jer ditinggalkan nyer budak bandor ni kat belakang ek? Dah ler kita ni dok gigih snappy snappy bagai... :P


Akhirnyer! Kelihatan air sungai mulai jernih... Horeyyy! Kami berjaya menyelusup masuk! Sure mamat dengan minah Indonesia yang masuk kosong tu pun jeles dengan skill kitorang...


Amik port jap, rehat hilangkan penat... almaklum lar dah tua! :P


Ni lar dia bila budak bandor tak penah tengok bunga senduduk! Abih disnappy nyer!


Whooo! Sejuk nyaman tul air dia... Bunyi air mengalir, besh jer... Kalau lar dapat mandi, tapi kitorang tak plan bawak baju :(


Cubaan snappy labah-labah atas sarang akhirnya berjaya! Mujur lar natural lighting sangat menggalakkan petang tu! Huhu!


Lagi lagi gambor pemandangan tak bermakne untuk tontonan korang...


Gambor cendawan yang turut takde makne pape...


Masuk cara haram, kuar kot pintu depan! How? Cian si Ben kena sound dengan makcik jaga gate :P

Maka berakhir lar sudah adventure kami pada hari tu... Esoknyer dah kena balik :"(


Ni Farhan, anak sedara Ben. Comel kan? Tengah sibuk cari kacang botol tua nak wat amende ntah... Ben singgah umah abang dia pinjam keta untuk hantar kita gi Kluang amik bas...

Susah payah Ben layan kita sepanjang kat Bandar Tenggara ni. Kita hargai sangat-sangat. Happy betul dapat lepak sini sama Ben dan keluarga...

"Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Bolehlah kita berjumpa lagi..."