Sunday, July 21, 2013

Q & A (iii)

Bukan hanya sekadar penghibur diriku ini
Sayang
Bukan pula sekadar pelepas rindumu
Oh sayang
Sakit hatiku kau buat begitu

Kau datang dan pergi sesuka hatimu
Oh kejamnya dikau
Teganya dikau padaku

Kau pergi dan datang sesuka hatimu
Oh sakitnya hati
Bencinya hati padamu

Sakitnya hati ini namun aku rindu
Bencinya hati ini tapi aku rindu

Benci Tapi Rindu
~Diana Nasution


Persoalan dan jawapan.

Namun bila direnung sedalam dalam hati, yang aku dapati hanya kasih sayang pada mereka.
Sedih, sudah pasti.
Kecewa, mungkin.

Benci? Apakah itu?

Ringkasan Ramadhan 1434


Ramadhan tahun ni berlalu dengan sangat pantas dan amat sempoi dari segala segi. Begitu terasa kesepian dan kesyahduan.


Keinginan untuk melihat hiasan tahunan di kompleks membeli-belah yang berbeza langsung surut. Setiap hujung minggu, aku hanya menuju ke satu tempat untuk satu tujuan sahaja semata-mata.


Kad raya tahun ini ada 3:
1. Big Boss (sebelum ni aku tak kira sebab ingatkan 'hasil cetakan ihsan pengurusan'- rupanya memang personalized card)
2. Encik Shin Inesen (segak seperti biasa, terima kasih bebanyak!)
3. Mak adik angkat aku (bagi pihak satu keluarga)

Tuesday, July 09, 2013

Affogato terakhir sebelum Ramadhan...

Campuran pahit manis itu

mungkinkah mencipta rasa

yang membawa kesan di jiwa..?


Cheeewahhh! Amacam? Ada macam tagline novel atau telemovie tak? Haha!

Aku dah addicted kat menatang alah ni!
Ditambah pula dengan panduan ke Artisan Coffee yang begitu dekat dengan ofis daripada Cik Easy... Ish!

AlhamduliLlah Ramadhan tiba! Boleh la pacing sikit caffeine intake tu...

Coliseum Cafe@Plaza33

Coliseum Cafe has officially opened its PJ branch last July 7th :D


It is located at Plaza33, Section 14, which is the neighbouring building to Jaya33. It occupies a whole corner lot on the ground level- quite impossible to miss actually.


Having tried the Ox-tail Soup, Hailam Mee and Hainanese Chicken Chop, I am happy to report that the taste remains authentic, just as I remembered it from long ago.

There may be restaurants with much higher quality cuisine but for enjoying good food with a certain atmosphere, I hope you'd give it a try ;)

Monday, July 08, 2013

Maafkan ya?

Assalaam 'alaikum semua

Teman-teman blogger serta para pembaca sekelian (mana yang ada...)
baik yang Muslim mahupun bukan

Mohon dimaafkan segala salah silap saya kepada kamu semua

Maklumlah, kata dan tulisan itu mampu menjadi lebih tajam daripada mata pedang serta mudah melukai.
Dan luka yang tersembunyi itu, moga kemaafan yang diberi akan berjaya mengubati.

Sempena kedatangan Ramadhan ini, marilah kita sama-sama bermula dengan sebersih mungkin.
Moga kita berjaya melaluinya hingga kesudahannya baik buat kita!

Ri
8 Julai 2013
2.40 pagi

Passing time

Just an update of some events in the past few days...


Thursday, 4th July
Surau Al-Ikhlas: Kids fooling around after doa selamat session while awaiting 'Isya.

I was unexpectedly given something which I have been too apprehensive to ask for and it was given willingly, alhamduliLlah.

I believe this is the third time such a matter has occurred to me within the past month. There is a price to pay, of course, and such a heavy price! But just as willingly as the other party offered, I was just as willing to accept.

Friday, 5th July
Paradigm Mall

Lone Ranger- Entertaining but slow paced. Somewhat disappointed with it, the same way I was disappointed with Dark Shadows. Ho hum... Another 'Deppesque' movie. And it ran for 3 hours!!!


Saturday, 6th July
Serdang Jaya: Baby shoe left behind on a plastic chair.

Reunited with an old acquaintance at his second wedding, almost exactly a year after the passing of his wife. He a widower with kids and she, likewise. Quite an extended family he's cultivating! All the best Epul and Nanie!

Took the opportunity to drop in on S and family. His mother pointed out how much I've filled out and it really doesn't help that S still looks very much the way he did 19 years ago.


Bangsar: Two servings of affogato.

This was excellent! My utmost appreciation to Cik Easy for introducing me to this beverage. I've got to watch my intake though, the caffeine really did a number on me!


Bangsar: Three servings of caramel slices.

Tastes good. However, the portion left much to be desired and the base was hard after having been in the cooler. We practically had to use our teeth since we weren't able to slice it with the fork.


Jalan Yap Kwan Seng: Australian grass fed rib eye with accompaniments.


Kampung Baru: Lychees on display at a roadside fruit stall.

To quote Cik Easy, "Nasi Lemak Antarabangsa is way overated!".
After the first bite, I recalled having the same thought years ago when I first had a taste. I wondered what possessed me to go for it again.

Maybe I was hoping that it has improved since the queue at the stall seems to be never ending. It's simply too different from Cik Easy's and my tastes, I guess.

Sunday, 7th July
Bandar Sri Permaisuri

Karaoke. I wonder what the other patrons thought of us. Our song choices were rather... eclectic (to put it mildly).


Section 17: Toddler eating candy.

Thanks giving lunch held by a friend. He has been offered a better position in another organisation. May you prosper in your chosen career, Rol!


Paradigm Mall: Another serving of affogato.

Okay, I'm officially hooked on the stuff!

Despicable Me 2- Damn! Could have been much better... This is making me worried. Quite a few sequels coming up this month. Will they make it or break it?

Will I make it or break it?

Tuesday, July 02, 2013

Dia & si Dia

Ada ketika

Dia akan bercerita tentang si Dia

segala telatah

setiap gerak dan gaya

begitu terperinci dalam mindanya

tersemat kemas di sanubarinya


aku paling suka

ketika Dia bercerita tentang si Dia

terang terpancar betapa kasih dan sayangnya

jelas tergambar kerinduan dan keinginannya untuk bersama

berkongsi saat itu

dengan si Dia yang nun jauh di mata




tapi yang ada ketika itu

hanya aku

sang peneman




aku doakan

agar mereka dikurniakan jalan untuk kekal bersama

malah berubah menjadi sesuatu yang lebih baik di sisi yang Esa

terus bahagia berdua

dalam redha dan rahmat Allah

dunia akhirat



Monday, July 01, 2013

Q & A (ii)

Iyllienaz pernah menasihatiku agar bersyukur atas setiap perkara suka mahupun duka yang aku alami kerana kedua-duanya nikmat Allah untukku.

Tiada ketika yang lebih mengingatkan aku akan nasihat beliau itu seperti ketika ini- dalam suka duka yang bercampur gaul.

Betapa aku sedar bahawa

aku hanya meminjam sedetik masa

mencuri sedikit perhatian

mencicip setitis kebahagiaan

sekadar menumpang

seketika...


Q & A.
Soalan dan Jawapan.

Aku betul-betul sayang akan mereka berdua.
Namun rindu dan cinta mereka milik yang lain.

Siapalah aku di sisi mereka...

Sapaan pesanan ringkas pun jarang berbalas apatah lagi panggilan telefon dan jauhlah sekali untuk bersua...

Tapi ada kalanya, aku diberi peluang seperti ini.

Maka aku mahu mereka tahu yang aku amat menghargainya. Aku hargai sangat-sangat.

Aku gembira dapat berbakti untuk mereka yang aku sayang.
Aku lebih gembira jika dapat membuatkan orang yang aku sayang gembira.

Dan aku sentiasa memohon agar persaudaraan dan kasih sayang ini berterusan dunia akhirat dalam redha dan rahmat Allah...

Q & A.
Soalan dan Jawapan.







P.S. Ditulis dalam keadaan letih dan mengantuk yang amat sangat, tapi aku perlu luahkan dan dan juga!