Handset Didi hilang lagi. Ini entah kali yang ke berapa aku sendiri pun dah tak ingat. Seingat aku belum sebiji handset pun yang pernah meraikan ulangtahun pembeliannya yang pertama bersama Didi.
Tapi semasa handset ada pun Didi memang jarang contact aku (tapi tak tau le pulak kalau dia selalu contact kawan-kawan dia yang lain). Heran gak aku sebab abang Imam yang dok nun jauh di Nilai pun sudi hantar SMS kat aku paling-paling sekali sebulan.
Aku pun maleh nak ganggu rumahtangga bahagia dia tak tentu pasal. Lagipun dia sentiasa sibuk dengan kerjanya sehingga tak sempat mengajak kawannya ni hatta untuk menikmati persembahan LAMAN sekalipun.
Aku rasa jauh di sudut subconscious Didi ada menyimpan hasrat agar dia dibiarkan dengan hidupnya yang bahagia sekarang ini. Camne Didi? Betul tak?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment