Nampaknya usaha aku untuk mengelakkan tidur selepas Subuh (masuk minggu ketiga) dah menampakkan hasil! Alhamdulillah!
Gaji aku yang selama ni terasa ala-ala cukup makan (of course part of it pun sebab kekadang aku gatal makan kat tempat yang class gak reganya) bulan ni lebih dari cukup. Dah tu siap ada member tepon bagitau nak bayar balik hutang. Memang terasa luas skit le pintu rezeki dalam apa hal pun berbanding sebelum ni.
Tang tido lepas Asar tu lak aku bole bagi komitmen 75% je. Kalau dah time wirid lepas solat Asar tu sah-sah aku tersengguk (kekadang tengah solat pun bole tersengguk!), aku pun bantai le short nap dalam 30-40 minit camtu. Kalau bole tahan aku sengkang mata. Tengok keadaan gak le. Tapi nak dibandingkan dengan dulu aku tido tiap-tiap petang lepas balik keja, kira okay le ni.
Kesan positif dia lak tak dapat nak dipastikan. Almaklumlah aku ni memang dah jenis gila-gila skit dari time aku muda-muda dulu kan (aiyoo, tua benor ke kita ni Easy? Ahaks!), so tak dapat nak bezakan sangat.
Entah le… aku tau aku rasa makin sihat! That’s the whole point anyway!
Thursday, July 07, 2005
Subscribe to:
Posts (Atom)