Tetiba teringat yang aku penah nangis pada hari pertama sekolah rendah.
Yang peliknya aku nangis time nak balik rumah padahal dari pagi sampai le ke tengahari aku biasa je. Takde beza sangat rasanya dengan tadika cuma semua pun kawan baru dan lagi banyak keja nak kena buat.
Abis je sekolah, aku dengan konfiden melangkah keluar dari pagar sekolah menuju ke bas. Tapi, sampai je kat pintu bas tu, bila tengok tangga buruk tu naik menuju ke dalam bas yang agak gelap aku terus teriak kat situ jugak! Tak ingat dah malu ke apa ke- nangis loktang nih!
Nasib baik le Pak ada pesan kat Cik Mat untuk pi tengok tengokkan aku time abis sekolah. Terus dia angkut aku yang tengah melalak tu balik rumah naik keta.
Yang aku tak tahan tu bila Mak Pak aku dengar citer, diorang dok pakat gelak kat aku. Bukannya nak bagi assurance ke apa ke. Ceh…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment