19-20 Mei 2007 yang akan datang, hutan Ulu Gombak bakal menyaksikan kemeriahan suatu acara.
Bertempat di Jungle Lodge Alang Sedayu, ia turut merupakan majlis perpisahan bagi beberapa orang rakanku yang akan atau telah meletakkan jawatan.
Walaubagaimanapun, aku terkilan kerana tidak dapat menghadiri acara yang amat ku tunggu ini, begitu terkilan sekali. Sebab yang paling utama adalah kerana ia kemungkinan besar kali yang terakhir kami dapat berkumpul bersama dalam suasana begini.
Maka tibanya 19 Mei akan menyaksikan keberangkatan rakan-rakanku ke Gombak sementara ketika itu aku telah pun berada di bumi Acheh untuk membantu mereka yang masih memerlukan. Sedih berbaur dengan perasaan teruja. Namun telah ditakdirkan Allah maka aku redha dan akur dengan ketentuannya. Aku hanya mampu mendoakan keselamatan dan kesejahteraan mereka sepanjang acara tersebut berlangsung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment