Berkejor kami ke PD lepas solat Jumaat...
...semata-mata supaya
Pak sempat tengok rancangan
al-Kuliyah petang tu. Tapi nak bawak lebih 110 diorang tak bagi nih!
Mak Pak maleh layan saman
speed trap :P
Ingat nak lepak restoran tomyam berdekatan malam tu. AlhamduliLlah, hujan selebat-lebatnya malam tu jadi aku pun layan mengantuk dengan khusyuknya!
Esoknya dekat-dekat tengahari skit, gi
Pantai Telok Kemang untuk makan tengahari.
Sempat ler tengok satu geng mamat muda main bola sepak tepi pantai.
Balik, singgah jengok
swimming pool kat
apartment tu jap.
Huh! Ada gak yang rajin main air tengahari buta camni! Naik hitam dah aku tengok bebudak nih...
Ish, beshnyer berseronok adik-beradik,
especially kalau adik beradik yang ngam! Korang takkan dapat bayangkan betapa sunyinya aku membesar sorang-sorang.
Sebab tu 1st chance aku dapat, aku cau cincau gi skolah asrama! But, that's another story :P
Malamnya, tunaikan hajat nak lepak kat restoran tomyam semalam. Malangnya tempat tu ada sekolah
booking untuk majlis makan malam diorang...
Melepaslah juga... (nyanyi ikut rentak lagu S.M. Salim)
Dok jap amik angin. Then angkat kaki- blah!
Balik, sekali lagi singgah
swimming pool. Cepat-cepat amik
shot reflection lampu dalam air sebelum diorang tutup lampu!
Kalau korang perasan bebayang hitam dalam air tu, budak-budak yang dok sakan main air tengahari tadi!
Aish! Gigih tul!
Hari berikutnya, awal-awal pagi turun pantai belakang
apartment.
Kalau ada sapa-sapa yang ingat entry lama aku pasal Kemang Indah ni dulu, lens kamera compact aku rosak sebab cuba nak amik shot seumpama pic di atas ni ler...
Pokok-pokok besar keliling pantai tu tengah berbunga aa... Harum weh! Rasa macam nak tanam satu kat umah!
Hoh! Ape ramai-ramai tu?
Oo... Ada bebudak
UPM tengah jalani program ler...
Mula-mula tu aku segan gak nak
join. Tapi berbekalkan kulit muka yang tebal serta kamera yang mahal :P aku terjah aje!
Nasib baik lar diorang ni
sporting belaka!
Saje jer aku hitam putihkan gambor-gambor diorang ni... Tengah nak jinak-jinakkan diri dengan
editing, hehe...
Di sebelah sana ada mat-mat motor tengah
camping. Nampak
brutal jer diorang ni. Rasanye blom cukup tebal kulit muka aku kalau kena bahan jadi aku tembak dari jauh jer...
Sebelum kami bertolak pulang, aku perasan burung merpati yang bersarang sekitar
apartment ni dok kelibut terbang ke sana ke mari...
Aku ingatkan ape lar... rupanye ada helang dok
target diorang!
Balik keja baru aku tau, weekend tu, aku miss dua photo shoot besar bagi aku-
pre-wedding Hassan (salah seorang faveret aku kat tempat keja)
dan
persandingan Liyana dengan Omar (salah satu modeling couple faveret aku- ingat lagi Putrajaya? ).
Dah bukan rezki aku ;) mebbe next time!