Saturday, October 15, 2011

Penilaian berbeza...

Aku sedar yang aku kurang matang dalam berfikir dan bertindak.

Agak kelakar sebenarnya apabila difikirkan usia aku yang lanjut ini.

Namun bagi aku, ia agak serius kerana mampu menjejas keupayaan aku untuk menilai tindakan seseorang itu dalam konteks perhubungan kami.

Walaubagaimanapun, berpandukan nasihat Budak Baik, sedikit demi sedikit aku berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik untuk Tuhanku dan juga buat semua disekelilingku.

Kenapa tiba-tiba soal ini timbul?

Tadi aku menghadiri satu jemputan kenduri bersama Dia yang kuharapkan dahulu.

Sebenarnya ada tugas mustahak yang perlu Dia selesaikan.
Tetapi Dia sudi meluangkan sedikit masa untuk menemaniku.

Dia juga dalam keadaan kurang sihat dan letih.
Tetapi Dia sanggup membawa aku berjalan hingga ke Melaka dan kemudiannya menghantar aku pulang terus ke rumah.

Bila memikirkan bagaimana aku boleh merajuk ketika Dia meminta untuk memendekkan perjumpaan kerana hendak menonton bola sepak bersama rakan-rakan, aku jadi malu.

Walaupun dua jiwa telah berkongsi hidup, saling menyokong dan membantu, masing-masing tetap perlu melalui perjalanan hidup yang tersendiri.
Apatah lagi aku yang tiada ikatan langsung dengan Dia.
Aku perlu lebih memahami.

Sungguhpun begitu, sekarang aku tahu yang Dia memang mengambil berat tentang aku.
Hanya cara dan keupayaan Dia untuk menzahirkannya yang berbeza.

Abang Man begitu juga.
Biasanya dia tidak melayan aku sangat tetapi sebentar tadi, tanpa disangka, dia menelefon aku sebagai balasan kerana tidak berkesempatan membalas text yang aku kirim kelmarin.

Lain orang, lain caranya.
Maka tiap tindakan seseorang itu perlu dinilai mengikut cara yang khusus untuknya.

Unik sungguh hidup ini.

No comments: