Sunday, July 08, 2012

Maafkan aku...

Ini aku

sang pendosa

insan yang penuh dengan segala macam salah silap
yang belum sempat kutebus mahupun kubaiki

Kepada Allah
dan kepada setiap insan lain

aku hanya mampu memohon seluruh ampun dan maaf
di atas segala kekhilafanku
di atas segala kelemahan diri yang gagal kuatasi
baik yang sengaja mahupun secara kebetulan

sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba ini
dan demi perjalanan yang bakal kutempuh selepas itu

ampunkanlah aku, ya Allah
maafkanlah aku, wahai sekelian saudara dan sahabat yang amat kusayangi

perkenankanlah permintaan ini...

P.S. Semalam sepatutnya suatu hari yang bahagia buat seorang aku, akan tetapi aku sendiri yang telah merosakkannya. Sekali lagi sorang insan istimewa sedang berusaha menceriakan keadaan walaupun aku terus mendiam. Bukan aku marah, atau sedih, atau apa-apa. Aku betul-betul bahagia. Namun apa erti bahagia aku itu jika aku gagal bahagiakan dia juga...
Peristiwa bersama Budak Baik terimbau kembali di ingatan. Aku mesti elakkan situasi itu daripada berulang dengan sedaya upaya!

Nasihat ini aku semat sekemasnya di sanubari

"Be more like me, be less like you"

Mampukah seorang aku melaksanakannya? :'(

3 comments:

Mjv1 said...

sama la aku. minta maaf jika ada wat salah silap.
rancang yg terbaik..selebihnya Dia tentukan

khairul anwar said...

maaf juga.

sYukCurz said...

just follow the flow Ri..

minta ampun dan maaf juga.