Tuesday, March 30, 2010

Tamtam ku dah besar...

Umur saya sekarang 10 bulan (bersamaan 1 bulan setengah kiraan masa kita)!

...so tak lama lagi Tamtam akan berpindah ke rumah baru, di bawah jagaan sepupuku yang turut membela dua ekor anak kucing lain.

Harap semuanya lancar ler nanti, amiin...

Monday, March 29, 2010

'Anak buah' baru... ;)

Aku dapat 'ahli keluarga' baru lagi!

Huhu... No, bukan hamster ni ye.

Ni anak-anak Abang Eirman yang mintak Ayah dia belikan dalam perjalanan pulang dari menjemput aku ke rumah.

Tu dia preview 'anak buah' terkini...

Sofiah namanya. Baru jer bangun tido, 'Ammu Ri dah suruh posing dengan Mama dia :P

Dah 'uncle' dia kaki foto- what to do? Redho aje lah!

Teruk kan 'Ammu Ri ni? Saya dah 2 bulan lebih baru nak turun jengok!

So anak dara ni dah tak lagi keseorangan. Nak kena jadi contoh akak yang baik, hehe...

Dan makin bertambah ler tanggungjawab abang berdua ni sebab ada 2 orang anak dara nak kena tolong tengok-tengokkan!

Moga semuanya menjadi anak-anak yang soleh, amiin...

Sunday, March 28, 2010

Tagging bersama d'Reyanz Colour Group...

Bertempat di Taman Botani, Putrajaya.

Sebenarnya job ni...
...Boss Redza...

...dan Nik punye.

Tapi aku dengan abang... oops! Pembetulan- dengan 'Hadi' (no abang abang, sensitip sebab kami 'sebaya', hehe...) suka-suka nak ikut because...

...this is Puan Liyana and Encik Omar's post wedding shoot! One of my favourite couples to date!

Buat mereka di luar sana yang ingin mengupah kami untuk penggambaran, diharap bersedia ler zahir batin ye?

Tak dinafikan memang azab kalau ikut shooting dengan kitorang ni...

...kena kerabat celah-celah akar pokok lah, kena lari tengah panas lah, kena golek-golek dalam semak lah...

Kalau scene tu cantik, every other shot at every other location is a 'last shot' :P

Korang (dan kitorang sendiri) takkan pasti bila sesi akan berakhir...

...tapi jika korang cukup sabar dan cukup-cukup sporting...

...insyaAllah, kami akan buat yang terbaik untuk menghasilkan fantastic moments for your keepsake :)


Liyana dan Omar ni ternyata cukup sporting. The way diorang support and care for each other- very heartening to see.

Kalau korang bertungkus-lumus untuk pose maut...

...kitorang pun akan turut bersusah-payah untuk ambil gambar!

Janji semua orang berseronok semasa penggambaran :D Orait?

Monday, March 15, 2010

Geng Orang Bujang mengembara lagi...

Entry tertunggak ya-amatz!

Setelah sekian lama, akhirnya dapat juga peluang kembara bersama geng lama :P

Kali ini dengan menggunakan majlis persandingan rakan sekerja, si Iza Besar, sebagai alasan untuk berjalan-jalan.

Kenapa panggil dia Iza Besar? Sebab memang dia besar, tinggi lampai. Dan also tempat kerja kami ada juga Iza saiz kecik :P

Gambar di atas adalah Iza Kecik bersama suami dan anak tersayang. Kecik-kecik cili padi sebab dia berjaya tangkap laki sebelum Iza Besar- hahaha!

Majlis diadakan di rumah pengantin perempuan di Muar. Cukup meriah!

Ada persembahan silat sendeng.

Ada persembahan tarian Melayu tradisional oleh sekumpulan budak-budak.


Ramai rakan sekerja (dan juga bekas rakan sekerja) yang hadir.

Moga kekal selamat sejahtera dunia akhirat! Amiin...

Singgah solat di salah sebuah masjid yang terletak di tepi Sungai Muar. Sekali pandang ingatkan istana ke, dewan ke...

Cadangnya lepas tu nak terjah Gunung Ledang. Tapi disebabkan terjah time musim cuti sekolah, no vacancy ler jawabnya...

Alwiz tau dey-olls buat plan cenggini! Koserr...

Mujur ler dapat bumbung untuk berteduh kat Ayer Keroh nun!

Saja nak laser minah sorang ni. Nama jer ada DSLR tapi function dia semua satu hapah tak tau! Reti main aperture jer :P

Buat rugi gaji ko jer Imah! Baik derma kat aku- boleh aku buat second body untuk job nanti!

Saturday, March 06, 2010

Ahli keluarga baru...

Lama akak tak bersiaran kan u-olls? Maaf lar, akak maternity leave setahun lebih (mati ler...bunting gajah!)

Meh akak introducekan u-olls kat baby akak ye? Meet Tamtam!

Hiks! Anak angkat jer lar u-olls! Lahir sekitar Raya Cina ari tu. Adik-beradik lima: 3 hitam, 2 putih.

Ntah nape, one fine day, mak dia cabut bawak yang lain-lain pegi tapi tinggalkan dia sekor. Mebbe nak bagi balance kot family dia- hitam putih :P

Ada ler 2-3 ari kitorang biar dia melalak situ dengan harapan mak dia datang amik. Nan ado!!! Kitorang cuba tepon PAWS kat Subang Jaya nun tanye dia mau amik tak anak kucing tak bukak mata lagi. 'Put to sleep!', jawabnye (inject bagi mati)... Adeh! Nahiii..!

Nak tak nak akaaakkk lar jugak yang kena kutip, beli susu kucing dengan botol susu bagai... Tapi tetap kalau Mak akak yang bagi susu baru dia nak minum abis kan? Ish, budak ni! Dah tu, time tengah bagi susu tu lar jugak dia nak kencing berak!

Satu ari tu ada kitorang detect hideout baru mak dengan adik beradik dia. So gigih ler kitorang kerabat celah bedah tu untuk hantar dia balik. Malangnye bila pindah, diorang tinggalkan gak!

Ape-ape pun, alhamduliLlah, umur si Tamtam dah masuk minggu ke 3. Takde ler membesar bagai johan macam adik-beradik dia yang lain, tapi cukup sihat ler nampaknye...

Dalam rasa leceh tu terhibur gak tengok kerenah dia :)
Kitorang akan usaha sedaya upaya bela sampai umur dia 8 minggu, lepas tu kitorang akan serahkan pada PAWS lak.

Teringin gak nak bela dia terus tapi kitorang sedar ketidak mampuan kitorang. Harap sumenya akan baik-baik aje ler untuk Tamtam sayang ye? Amiin...