Satu sudut meja makan di rumah Cik Easy penuh dengan botol-botol pelbagai jenis. Terdapat sos cili (atau tomato, atau mungkin kedua-duanya, aku sendiri kurang periksa) juga kicap daripada jenama yang berbeza-beza.
“Nita suka Linggam’s, tapi aku suka brand lain,”
Itu le antara komen Cik Easy apabila ditanya mengenai situasi tersebut. Oh, begitukah? Rupa-rupanya, berlainan sekali citarasa sepasang suami dan isteri hatta ke perkara yang se'minor' itu. Namun, berbeza macam mana sekali pun, kalau dah namanya lelaki dan perempuan, mereka tetap serasi. Betul?
Tapi, bagaimana pula dengan kita-kita yang songsang ni?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment