Monday, January 03, 2005

Eh, aku pun nak blog pasal tsunami gak...

Kawanku melaporkan bahawa ada insan-insan dari kem-kem tertentu, apabila memperkatakan tentang Tragedi Tsunami, mencebik bibir seraya berkata,

Tempat-tempat tu kan banyak maksiat, padan le diturunkan bala…”

And the statement was announced with a slightly superior air, seolah-olah maksiat yang berlaku kat sana tu takde kena mengena dengan orang yang berkata-kata tu.

Ingatlah wahai insan, seruan bagi kita ummat Islam adalah ‘Amar ma’ruf, nahi munkar’. Sebelum berkata sedemikian rupa, cuba le muhasabah diri sikit. Ada tak usaha kita untuk menegah mana-mana maksiat yang berlaku sekeliling kita?

Saya percaya, jarang-jarang sekali kita menzahirkannya bukan? Kebanyakan masa kita hanya tak setuju dalam hati je dan kadang-kadang, rasa tak setuju tu pun takde hatta sekelumit pun. Saya tau sebab saya sendiri mengalaminya.

Jika tsunami melanda disebabkan banyak berlaku dosa, maka salahlah juga mereka yang sibuk mengumpul pahala tetapi tidak sudi mengotorkan tangan demi menegah dosa.

Oleh itu, apabila bencana berlaku, beristighfarlah banyak-banyak dan ambillah peringatan. Itu lebih baik daripada kita memperkatakan perkara yang bukan hak kita untuk membicarakan.

Wassalam daripada Ustaz Ri untuk hari ini… Muahahahaha!

2 comments:

awan said...

lebih dari itu.

Anonymous said...

mungkin ada benar atau tak benar langsung berlakunya tsunami kerana banyak maksiat kat sesuatu tempat.. we don't know! kalau benar ada maksiat, kita perlu ambik iktibar..