Monday, November 14, 2005

Wayang Raya 1

Dah lama aku tak buat keja gila. So sempena penayangan bertalu-talu pelbagai cerita (yang bagi aku) best di pawagam sempena hujung tahun 2005 ni, aku telah berjaya memecahkan rekod sendiri dalam kategori menonton wayang! *tepuk*tepuk*tepuk*

Andainya esok hari cuti, sah-sah aku dah beli tiket wayang Chicken Little pukul 11.00 malam tadi untuk cukupkan lima. Tapi malangnya, esok aku kerja :( jadi terpaksalah stop takat empat tayangan aje.

Tuan-tuan dan Puan-puan, nak schedulekan menonton sampai empat tayangan (termasuk masa yang cukup untuk makan dan solat) adalah sesuatu yang amat sukar dan membanggakan aku (kalaulah aku put in effort yang sama untuk kehidupan harian aku… *sigh* tapi itu cerita lain!). Kebetulan waktu tayangan dan panjang satu cerita dengan yang lain begitu ngam-ngam kali ini.

Tak tau le bila lagi aku akan dapat peluang sebegini (dan kemungkinan memecahkan rekod aku sekali lagi). Cukup rasa puas dan fulfilled! Aku berjaya at something!!!

1 comment:

Anonymous said...

Say, did you ever get to watch the LOTR trilogy marathon? That was challenging, my friend! Just taking time out for toi toi break, prayers and scarfing down food with eyes glued on the pretty elfy.

By the time it's over, your eyes have glazed over and your mind is still somewhere over Mordor.

Anyway, Happy 2006! May it be an excellent and fulfilling year for you and ever after!