Sunday, October 29, 2006

Mimpi yang sempurna

Lama sungguh aku tak update blog ni. Malas? Mungkin… tapi sebenarnya aku tak sanggup hendak mencoretkan pengalaman sepanjang dua bulan yang baru berlalu di tempat yang begitu terbuka kerana ia terlalu peribadi. Meskipun pembaca blog ini boleh dibilang dengan jari pada sebelah tangan sahaja.

Banyak sungguh yang telah aku alami dalam dua bulan tersebut: pahit, manis, sedih, gembira. Semuanya cukup, lengkap untuk dijadikan bahan cerita Prof. A. Razak Mohaideen yang pastinya mencapai kutipan bo-office :P

Yang paling utama telah aku pelajari adalah untuk bersabar mengawal diri, mengabaikan kepentingan diri dalam keadaan dan masa tertentu demi menjaga hati mereka yang lebih penting bagi aku daripada nyawa aku sendiri.

Perkara kedua aku pelajari adalah masih ada yang sudi untuk mengambil berat tentang aku, malah sudi menanggung beban emosional yang acapkali timbul apabila berkawan dengan seorang aku. Masih ada yang sudi untuk menyayangi aku.

Pelajaran ketiga menunjukkan kepadaku bahawa sentiasa akan ada orang yang dengki padaku, walaupun tiada alasan baginya untuk merasa begitu. Aku telah lama lali dengan perkara ini namun apabila mereka melibatkan saudara-saudaraku, aku menjadi begitu pilu. Saudara-saudaraku diperli dan dihina semata-mata kerana sudi berkawan dengan aku. Tapi tiada apa yang boleh aku lakukan untuk memperbaiki keadaan.

Aku doakan agar saudara-saudaraku dapat terus bersabar menempuh dugaan. Sementara aku, dengan izin Allah, akan berusaha sedaya-upaya untuk memastikan kebahagiaan saudara-saudaraku ini dunia akhirat walaupun aku tahu di dunia ini takkan sesempurna mimpi…

Mungkinkah bila ku bertanya
Pada bintang-bintang
Pabila ku mula merasa
Bahasa kesunyian

Sadarkah aku yang berjalan
Dalam kehampaan
Terdiam terpana terbata
Semua dalam keraguan

Aku dan semua
Yang terluka kerana kita

Aku kan menghilang
Dalam pekat malam
Lepas ku melayang

Biarlah ku bertanya
Pada bintang-bintang
Tentang erti kita

Dalam mimpi yang sempurna…

1 comment:

Suze said...

Human beings suck. Polar bears are better; have sex, sleep, kill and eat. No politics, no muss.

Being human, complicate things.