Friday, November 10, 2006

Tinggal tanda tanya

"Wan Suriati lama dah tak call ye? Apa kabo agaknya?" Mak tiba-tiba bersuara.
Pantas Pak mencelah, "Alah.. selalu pun you yang call dia. Mana penah dia call you tanya-tanya kabo?"
Mak terdiam seketika.
"Ha ah ye," Mak mengiyakan perlahan, "Kalau gitu, nak bagitau ke kita nak gi haji ni?"
"Tak payah le..." jawab Pak.
"Okay lah," keluh Mak.

Simpati dengan Mak. Aku sendiri tahu bagaimana rasanya. Memang kebiasaannya aku dengan kawan-kawan aku, aku yang akan cari diorang, berhubung tanya khabar, berkunjung ke rumah diorang. Tapi diorang tidak begitu. Aku faham lantaran kesibukan dengan tanggungjawab masing-masing menyebabkan masa untuk kawan-kawan menjadi semakin lama semakin kurang hingga akhirnya hilang.

Aku akui, kadang-kadang letih dengan keadaan ini. Apabila terlalu letih, dengan penuh rasa sesal aku mengambil keputusan untuk melepaskan persaudaraan tersebut. Aku harap Allah mengampuni aku kerana memutuskan silaturrahim tetapi aku dah tak mampu meneruskannya kerana yang berusaha hanya aku sendirian...

1 comment:

Anonymous said...

Hmm ... persahabatan perlu evolusi ... ia tak boleh kekal sama selamanya. Kawan masa sekolah yang terlalu rapat mengalahkan adik-beradik, kini bila berjumpa langsung kelu lidah nak berbicara. Dah terlalu jauh.

Me, the friends that I still keep, those who I still bother to contact and inform them, Hey! I'm alive! are those that matter and had stood the test of time. It's sad when you start dropping friends, but I think Allah SWT will understand that there is only so much of us to spread around.

Just my two cents worth.