Mata renshuu da!
Objektifnya tiga:
1. Untuk isi masa senggang antara kelas pagi dengan tengahari.
2. Untuk lepas tension sebab tak dapat join photo jugyou minggu ni.
3. Untuk practice ambil gambar orang buat persembahan- persediaan untuk opening ceremony yang akan berlangsung minggu hadapan.
Siap dengan pasir pantai bercampur cangkerang laut, bubu, jala, motor serta basikal buruk, malahan ikan kering! I kid you not! Sila perhatikan betul-betul background gambar di atas.
Sedang aku memerhatikan sebuah gerai barangan kemas, muncul imej auntie sorang ni di dalam cermin. Malangnya cam aku refuse to focus on the mirror! Risau subjek beralih, aku pun snap aje dan inilah hasilnya...
Terdapat juga gerai menjual gubahan bunga daripada bahan-bahan terpakai. Dalam gambar adalah bunga mawar daripada daun getah kering...
Sempat mengambil gambar candid brader yang sedang membantu sebiji patung tanpa kepala menukar baju...
Tertarik dengan hasil kerja akak ni. Nama akak ni Shamira dan dia memang travel merata untuk promosi batik lukisan tangan beliau.
Dari yang paling simple hinggalah ke design yang agak kompleks. Aku berkenan dengan satu lukisan hiasan dinding tetapi harganya (mak datuk!!!) RM800 sahaja... :P
All right! Show time! Tiba-tiba baru aku terperasan yang gambar-gambar aku hari ni semua jaundiced belaka.
Ler... Setting white balance 'cloudy' rupanya! Cikgu Redza ada ingatkan hari tu tapi banyak sangat info yang bertaburan kat minda ni jadi aku lupa. Sori cikgu!!! Penat dia ajar...
Aku buat muka tebal, tanya uncle yang dok ambil gambar juga sebelah aku setting apa yang dia pakai. Dengan ramah dia memberitahu yang dia menggunakan setting 'tungsten' untuk white balance dan hasilnya... Fuh, lega! Warna yang tepat!
Acara persembahan tarian budaya diselangi dendangan lagu oleh seorang artis yang aku langsung tak kenal. Mungkin orang baru. Tapi lagu yang dinyanyikan memang biasa kedengaran di corong radio masa kini.
Seterusnya aku meneruskan usaha aku untuk mendapatkan shot-shot yang baik. Frame after frame aku snap, menunjukkan amateur tahap gaban peringkat tertinggi :P
Aku ada dua pilihan- tinggikan ISO dan lajukan shutter speed atau gunakan flash dan lajukan shutter speed. Malangnya, warna yang terhasil dengan flash agak hambar tetapi aku tak gemar menggunakan ISO tinggi (apa barang play safe dengan ISO tinggi! Huhu :P kekwat ni!)
Hmm... motto motto renshuu da!
2 comments:
HEHEHE... Malu i... Gambar memang cantik.. hehhee
alhamdulillah.. berkat tunjuk ajar cikgu juga :)
sebelum ni mana pernah pakai manual.
Post a Comment