Monday, June 06, 2011

2 peristiwa...

Sabtu, 4 Jun 2011, selepas Zuhur, Kelantan Darul Naim

Budak Baik bertunang.

Antara sebilangan kecil insan yang dipilih untuk berkongsi berita gembira ini adalah aku.
Aku sangat terharu.

Walaupun apa yang kami miliki dahulu telah lama berkubur
dia masih memikirkan aku.

Sekiranya inilah yang terbaik bagi mereka dunia akhirat, mohon dikekalkan dalam sihat, selamat dan sejahtera- aamiin...

-------------------------------------------------------------------------------------------

Ahad, 5 Jun 2011, 10.41 malam, Kelana Jaya

Dia yang bagai pengganti kepada Budak Baik telah memberi aku kepercayaan
untuk mengetahui sesuatu yang peribadi tentang dirinya.

Aku tidak tahu sama ada untuk tertawa atau menangis.

Baru saja aku menganggap yang semuanya akan menjadi mudah.
Kini ia kembali complicated.

Bezanya kali ini aku masih dapat berpegang kepada semua bebenang yang berselirat.
Masih mampu menentukan arah tujuan setiap utas.
Masih dapat mengelakkan simpulan yang memfrustkan (well, it's the only appropriate word, dammit!).

If this is this is the way I need to travel, then so be it!
Tolong jauhkanlah aku daripada menyusahkan atau membebankan sesiapa- aamiin...

2 comments:

iyllienaz said...

hey..i read a few of your older post..and almost all of them were sad entry..be strong bro..gembira itu nikmat and sedih also nikmat..Banyak2 bersyukur atas kurniaanNya, sambil berusaha utk improve keadaan..=)

Ri said...

haha!

quite true, illi.. because this is what i do when i'm sad and confused (and still sane).
i write it down to try and make sense of things.

and hopefully they'll serve as lessons for future me..