Sunday, June 19, 2011

Yang bernama pemimpin...

Banyak lak idea penulisan bulan ni ek...
This entry is totally NOT what you'd think it'd be about :P

poyok-yo-oh je kan?

Lately ni, sering lak aku berpeluang mengenali mereka yang bernama 'pemimpin'.
In fact, dalam tempoh 2 bulan lepas ni aje dah 6 orang!

Tapi aku cuma nak abadikan di sini, mereka yang telah memberi kesan dalam hidup aku.

Yang pertama aku panggil Petunjuk.
Dia pindah ke sekolah aku masa Form 2.
Bebudak semua kata kami kembar. Tipulah. Aku tau dia jauh lebih hensem.
Dan di zaman kami semua masih berkulit mulus dan botak licin, dia dah ada bulu ketiak! Haha!
Dia lurus orangnya. Memang dewasa dari segala segi.
Aku sangat suka menyakatnya.
Tumbuk, cubit, cakar... macam-macam lagi lah!
Yang herannya dia laaaaayan je kerenah aku tu.
Kadangkala dia wat muka konfius.
Ada masa dia balas balik tapi dengan cara macam main-main.
Entah nape aku rasa bahagia betul time tu.
Macam ada abang kandung yang ngam.

Yang kedua aku gelar Haji.
Sebab dia dah pergi haji. Banyak kali.
Ikut rombongan katering tolong-tolong jemaah kat sana.
Dia student UM dulu.
Sewa rumah ramai-ramai di kawasan kejiranan aku.
Aku dok target nak kenal housemate dia sorang tu.
Entah camne entah leh jadi baik dengan dia lak.
Dan dia ni pun layan aku macam aku ni adik dia.
Tu yang hanyut tu kot.

Yang ketiga aku namakan Kuat.
Orang Sabah. Kerja DBKL.
Muka sombong cam celaka.
Tapi satu hari tu tiba-tiba dia mau lak berbual ramah dengan aku.
Elok sempoi dan mesra orang ni rupanya.
Dia yang bagitau aku-
Takde maknanya aku swim satu round, pas tu rehat, pas tu sambung balik.
Kalau serius, dia kata, aku kena swim banyak-banyak round sebelum rehat.
Swim setakat mana aku larat.
Pas rehat, ulang lagi sebanyak mana mampu.
Dan pada masa akan datang, kena tambah lagi round.
Aku kena cabar diri.
Nasihat dia ni aku hargai sangat-sangat.
Sebab ni lah antara benda yang bantu aku untuk tenangkan diri.
Yang bantu aku untuk lupakan rindu aku pada mereka yang tak rindukan aku.
Walaupun biasanya mereka tetap hadir dalam ingatan tatkala aku sedang membelah air.
Tapi aku boleh gunakan sebagai motivasi, seumpama aku sedang menuju ke arah mereka, seperti aku sedang menghampiri mereka.
Dan mungkin suatu hari nanti aku akan dapat sampai ke sisi mereka.
Dan memeluk mereka.
Dan mereka membalas pelukan aku.
Mungkin...

Ah, tersasar seketika.

Yang keempat namanya Mukhriz.
Entah nape mamat ni melekat di fikiran.
Kenal masa job kat Sungai Petani hari tu. Adik mapley. Baru Form 4.
Takde le kenal sangat dengan dia ni.
Tapi aku suka tengok dia, gaya dia.
Bikin hati sejuk.
Bodoh la aku.
Where got meaning?

Yang kelima tiada gelaran.
Aku kenal dia sebelum kenal Mukhriz tapi selepas Kuat.
Ni lagi entah apa-apa entah aku dengan dia.
Dia ni la yang buatkan aku kerap check tepon aku.
Buat aku pastikan bateri tepon aku cukup caj everytime keluar rumah.
Mana tau kot kot ada mesej ke, call ke.
Awal-awal dulu memang le galak. Sekarang terasa sangat kehilangan.
Kebodohan gak ni.
Ko dah tau dia jenis camtu, rajin lak ko melayan.
Lantaklah.
Janji aku dapat lupakan Dia.

Entahlah.
I don't know where this is going.
Just riding the flow.


Hmm, kalau tengah bosan, cuba saja-saja kira berapa kali aku taip 'entah' dalam entry di atas :P

4 comments:

naz said...

Ada 5!!!! nampak na bosan..hehehe

Snuze said...

Man ... my friends' lives are more exciting than any telenovella! Full of angst and drama.

Me? I haven't even gotten my heart broken. Not even once. I think it's because I'm fickle and never let anyone close enough to hurt me. Because when you don't care, you feel no pain.

*grin*

Ri said...

naz- pergh! nyata benore bosannya! haha! you're totally correct by the way ;)

sue- yes, joan of arc. that's a strong piece of armour you've got on there! :P

Rsnie_za said...

hehe..kalau di highlight entry yng dipost -lepastu di tekan Ctrl+F macam lebih jer dri 5 tu.....cam 7 jer...(mmg confirm tk der keje)...

anyway hargai erti persahabatan itu...