Buat makluman, Secret Garden di 1 Utama kini dibuka hingga jam 10 malam.

Tapi itu bukan
point yang nak aku catatkan kali ini, sekadar gambar selingan mengiringi cetusan fikiran yang rawak. Imej yang dipaparkan juga
simple, eksperimentasi mengambil gambar dalam keadaan
extreme low light.

Setelah sebulan mendiamkan diri,
P menghubungi aku 2 minggu yang lepas. Memberitahu aku yang dia akan pulang ke kampung menemui ibunya untuk beberapa hari.

Nampak gaya, perasaan
wanderlust P turut kembali menyerang. Memang dia jenis yang cepat bosan. Ada cerita hendak dikongsinya- telah menghadiri temuduga dan mungkin berubah kerjaya sekali lagi. Nanti ada rezeki kami bertemu, mungkin aku dapat tahu butirannya...

Dua orang adik aku telah selamat pulang daripada bercuti.
AlhamduliLlah.
Budak Baik dan orang rumahnya tiba di
Petaling Jaya jam 3 petang tadi dari
Kelantan.
Adik pula baru pulang ke
Jengka dari sambutan hari keluarga jabatan bekas tempat kerjanya di
Bandung.

Rindunya hendak berjumpa mereka bertiga. Ibarat sang bulan mengintai butiran bintang-bintang jadian dari celah-celah dahan... Hahaha! Berfalsampah pula,
whatever..! :p

Semalam ke
Sungai Congkak dengan
Wan. Tenang sungguh rasanya. Sangat aman. Sangat-sangat belum puas menikmatinya!
Wan! Jom pergi lagi
please! >_< Nanti la ada
mood aku
update sebutir dua gambar yang ada...

Baru tau kawan keluar wad. Menyirap gak darah masa dapat tau tu.
AlhamduliLlah, katanya dia baik-baik aje... Moga dia segera sembuh,
aamiin.

Aku pening la dengan kerja sekarang ni. Buat sehabis baik tapi asyik tertangguh, terhalang, terhenti... Segala macam orang dengan segala macam agenda- sama ada yang tersembunyi, sebagai sampingan, atau, yang paling aku 'kagum', sebenarnya memang tak tau satu hapah pun!

Weh! Korang sedar tak sekarang dah hampir bulan 6??! Setengah tahun berlalu begitu aja! Sebanyak-banyak perkara yang dah dicapai, lebih banyak lagi yang belum... Mungkinkah akan ada waktu..?

Uhu... Aku nak cuti sengsangat- cuti panjang! Tapi keadaan betul-betul belum mengizinkan lagi.

Apa keadaan tempat kerja aku dalam beberapa tahun akan datang ni agaknye?
Partner in crime aku bakal cuti belajar, ikut suami dia- makan tahun gak la! Dah la dia yang paling rajin
drive and guide aktiviti kualiti jabatan ni... Mampukah pengganti dia membawa penambahbaikan?

Rasa letiiihhh je manjang...
And not all of it is physical! Adakah aku akan
burned out dalam usia sebegini??! Entah le...
3 comments:
nice nice
chumil ;P
Love the pix. All very the mysterious ...
jangan burn out pada usia muda :)
Post a Comment