Thursday, November 15, 2012

Batuk dan 'moktey'

Batuk kedengaran di sana sini kebelakangan ini. Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada keadaan tersebut.


Musim tengkujuh tiba lagi. Cuaca panas sejuk yang tidak menentu serta terperangkap dalam hujan dalam perjalanan ke mana-mana destinasi boleh mengakibatkan demam selsema dan batuk.


Selain itu, jamaah haji kita kini beransur-ansur pulang ke tanahair dan membawa bersama saki-baki sakit pening yang dialami berikutan perbezaan cuaca di Arab Saudi.


Sementara di rumah aku terdapat pula faktor tambahan- musim rambutan! Ya, tuan puan, dua pohon rambutan yang melata di belakang rumah sedang lebat berbuah, alhamduliLlah!


Ini gambar lama, semasa kunjungan sahabatku Juritno dan Andri ke rumah beberapa hari sebelum pulang ke Temanggung. Andri (dan 'mandor' Juritno :p) telah bermurah hati menurunkan seberapa banyak rambutan yang ada ketika itu.


Satu pokok rambutan merah, satu lagi rambutan gading. Member Kelantan aku panggil 'moktey anok koloh'. Aku puas memikir apa lah yang diorang dok sebut ni- rupanya bila translate jadi rambutan anak sekolah! Haha!
Sebab buah dia kecik-kecik comey tapi isi sangat manis dan lekang :)

Teringinkah? Sila telefon untuk confirm. Selagi ada rezki, jemputlah ke rumah dan bersedialah untuk memanjat pokok rambutan demi menikmati pengalaman serta kemanisan itu sendiri! :D

P.S. Cerita makan lagi! Haha! ;)

7 comments:

faiq said...

bg aku la rambuatn tu..aku jenis klo batuk pun xkish..hehe

Snuze said...

Ala ... nak kena panjat ke? Galah takde? I teringin yang kuning2 tu ... pokok rambutan kuning I dah arwah ... bapak I tebang hari raya kedua hari tu.

Ri said...

meh le umah, cikgu! serius ni!
cukup byk utk dikongsi

Ri said...

ada yg rendah2 tu sure boleh capai dan petik ;)

Faizal Sulaiman said...

sedaknyaaa moktey!!!!!

Rsnie_za said...

wah..sedak tgk moktey gading tu....

iKhRam said...

saya tak sangka skrg adalah musim rambutan..
saya sedar bila semalam ke kampung kawan... wow.. meriah dgn rambutan.. hahaha