Monday, September 23, 2013

Lentera Timur Siti Nurhaliza

Aku mengambil peluang menghadiri konsert tersebut setelah usai berkursus petang itu.


Agak mewah dan selesa kemudahan di Hotel Vistana berbanding harga bilik yang dikenakan. Rupanya ia salah satu hotel di bawah selenggaraan YTL jadi patutlah begitu!


Konsert ini berjaya meyakinkan aku bahawa Siti Nurhaliza sememangnya seorang penghibur yang sangat berbakat, kuat berusaha dan begitu profesional.


Berbaloi sungguh membeli tiket yang sederhana tinggi kosnya itu. Jelas kelihatan Siti Nurhaliza betul-betul di depan mata kami.


Disebabkan aku bermalam di tempat yang berhampiran, aku mengambil peluang memerhatikan bermacam ragam manusia ketika sesi meet & greet selepas konsert selesai.

Contohnya, peminat ini. Walaupun sudah berjaya mendapatkan tandatangan pada mobile phone cover beliau, masih lagi mahu menunggu untuk mengambil lebih banyak gambar artis pujaannya itu.

No comments: