Ntah apa giler ntah, keja (baca sebagai ‘hobi’) baru aku sekarang ialah mengumpul manga yang dah diterjemah ke English.
Nape aku kata giler? Bayangkanlah, satu volume costs at least RM40.00 dan aku mengikuti bukan sekadar satu, tetapi 3 title yang berbeza!!! Dan tiap satu title tu paling-paling baru dah pun memasuki volume yang ke- 4 (oleh itu, sila buat kira-kira adik abang semua dan anggarkan berapa banyak dah duit aku yang masuk ke dalam poket tauke kedai komik tu!).
Giler camne pun aku tetap berpuas hati dengan pembelian aku tu, sebab manga tu semua karya C.L.A.M.P. ! Bagi mereka yang bukan peminat manga sure dah garu kepala dah dengar nama pelik tu kan? C.L.A.M.P. terdiri daripada sekumpulan wanita yang amat berbakat dalam penceritaan, gaya persembahan cerita serta lukisan.
Setiap karya mereka ni mempunyai feel yang berbeza-beza. Ada cerita yang sweet sangat, sesuai bagi bacaan budak-budak kecik (contoh: Cardcaptor Sakura) dan ada juga yang berakhir dengan tragedi (contoh: Tokyo Babylon). Namun semuanya ada parallel dengan kehidupan manusia seharian, cuma ia disampaikan dalam bentuk fantasi.
Tapi yang memang aku kagum adalah dengan artwork yang begitu cantik dan detailed serta kesesuaian apa yang digambarkan dengan cerita dan feel cerita yang sedang disampaikan. Aku tabik spring mereka ini. Hasil kerja yang sebeginilah yang sedang meniup semangat aku untuk kembali berkarya (one of the things I have been putting on the backburner for a long, long time now). We’ll see… : )
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
wah ko dah nearly menghabiskan rm 480 utk komik2 tu... hmm ok whatttt~
BY cikeasy
http://tahrizi.is.dreaming.org
Post a Comment