Tuesday, June 26, 2007

warkah terbuka buat [Agung]...

Assalam 'alaikum wa rahmatuLlah...

Saudaraku [Agung],

Zahir ini sihat wal 'afiat. Moga kau juga dalam keadaan sihat serta selamat sejahtera sentiasa.

Terima kasih atas kata-kata semangat yang diberikan. Aku sangat-sangat menghargainya.

Janganlah ambil hati sekiranya aku tidak meluahkan masalah yang kuhadapi ini kepadamu. Bukannya disebabkan kau orang yang asing bagiku. Diriku ini sebenarnya jenis yang selesa meluahkan perasaan kepada sesiapa yang ikhlas dan sudi mendengar.

Namun setelah sekian lama menghadapi kebuntuan ini, kudapati bahawa aku perlu menanggungnya sendiri. Kerana yang mampu benar-benar memahami dan menerimanya hanya aku seorang.

Malah aku akan turut mendiamkan diri dengan saudara-saudara yang kuanggap akrab di hatiku ini. Lebih baik begitu daripada mengharapkan pengertian dari mereka yang tidak mungkin dapat mereka berikan.

Akhir kata, terima kasih sekali lagi, wahai saudaraku [Agung] dan sudi-sudikanlah untuk terus berkunjung ke sini. Moga daripada kisah-kisah yang kusampaikan nanti dapat kau mengambil tauladan dan manfaat daripadanya...

WasSalaam...

Dari saudaramu yang jauh,

Ri

1 comment:

Unknown said...

emmmm...thanks Agung for ur effort...kata2 semangat penuh hikmah...anyway...wahai sahabatku..ingatlah....hidup ini penuh dgn dugaan....kau merupakan insan yang terpilih melalui semua ini..mungkin sedikit perit pengalaman di dunia ini utk kau lalui seorang diri...fitrah manusia..hidup pasti berteman..jgn pendamkan masalah terlalu dalam...natijahnya..dirimu akan merana....Abg juga ingin meminta maaf di atas segala hambatan kerja yang tak sudah hingga lupa kepada 'adik' di sana....abang berjanji kepada diri sendiri akn cuba melayanmu serta mendengar rintihanmu...paling tidak sekurang-kurangnya dapat mengurangkan masalah yg berbukan dihatimu....Ingathlah wahai 'adik'ku..segala macam keperitan yang kau lalui ini...pasti akan ada hikmah/ganjarannya..cuma kita sebagai manusia kerdil tak bisa menilai yang tersirat....Ingat ingatlah...Aku benar2 menyayangimu...DIA hanya ingin mengujimu...dan ingatlah....DIA tidak akan membebankan masalah/dugaan kepada manusia jika inaya tidak dapat ditanggung olehnya....Nahhh....bermakna..masalah yang menghantui mu pasti ada penyelesaian..cuba satu perkataan yang bisa membantumu..SABAR.......