Saturday, November 01, 2008

Bila Estima berkumpul...

Ustaz telah mengajak aku dan Cik Easy untuk cukupkan korum. Al maklumlah, kami ni kaki melantak tapi malam tu hanya aku yang dapat ikut...


Malaysian Estima Owner Group. Dasat gak kelab ni, banner siap disponsor bagai. Rajin gak ler buat gathering. Kelab ditubuhkan untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman mengenai keta Estima.


Tuh dia... berderet Estima depan kedai makan yang terletaknya kat Kuang. Sume customized bagai! Tapi ada gak terlepas Kancil dan Kenari celah-celah gajah banyak-banyak ni, sebab owner maleh bawak Estima diorang takut tak cukup parking :P


Range of makanan pelbagai gak. Ada nasi biryani plus lauk-pauk, the standard untuk gathering raya: ketupat lemang plus condiments, laksa asam dan cendol. Patut ada spaghetti carbonara tapi dah abis by the time kitorang sampai... :P


Ni gambar anak Ustaz tengah main-main dengan belon yang dihasilkan daripada cecair getah. Cantik, iridiscent tapi cepat bocor kempis...

Abis makan dan meeting, sume start pamerkan Estima masing-masing. Macam-macam customization ada- tempat letak cawan lar, LCD TV kat belakang headrest untuk penumpang, boleh tinggi rendahkan chassis keta tu... Fuh! Tak berduit aku! :P

No comments: