Tuesday, November 11, 2008

Langkawi again!

Yes, I loOOVE Langkawi very much :P and this time around I have company :)

Merasa lar entry bergambor!


Selepas peristiwa aku terdengar soseh-soseh antara dua pramugari yang menyatakan pintu pesawat yang kitorang naiki tu ada problem dan tak boleh nak tutup, aku jadi trauma nak menggunakan khidmat Air Asia.

Walaubagaimanapun, sebab Air Asia dah kelibut tukar sume pesawat baru jadi konfiden ler skit aku nak naik kali ni...


First night, aku lepak-lepak makan sensorang kat Pantai Kok dekat dengan tempat penginapan aku. Geng sume hanya dapat join aku malam esoknya sebab tak dapat cuti rasanya...


Esok pagi lepas breakfast terus tuju Galeria Perdana. Makin luas dah selepas renovation. Pameran lukisan bertemakan Geopark kebetulan tengah display kat sini- ada nampak hasil lukisan Md Salleh Dawam, bapak member aku, dan jugak lukisan adik dia. Tapi lukisan dia sendiri takde jadi rasa terkilan gak...

Rupanyer ada shooting citer ape ntah kat galeria ni. Time rehat agaknye so ramai ler kru dok lepak sana sini dalam tu. Ada gak nampak si Ridzuan Hashim sama dengan 2-3 pelakon lain tengah rehat-rehat kat belakang sana...

Ntah nape aku maleh nak amik tau. So aku sibukkan diri aku amik gambar macro mana-mana display yang aku berkenan :P


Abis round galeria, singgah jap kat Bird Park. Walaupun begitu comel sekali anak-anak itik ni tapi pada pendapat aku, don't waste your money visiting this place. Not a lot of variety and also not very well maintained...

Sebab dah on the way, singgah Durian Perangin even though it's my least favourite nature spot in Langkawi. Tapi rasa beza tul lak tempat ni ari tu-  dengan air yang mengalir deras, dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa... very soothing!

Dah! Cukup ler bahasa kesusateraan untuk ari ni- nanti kang jadi karya agung yang tak terpaham macam artikel Cik Easy kang! Naya jer... :P


Sebab heavy breakfast, petang kul 6 lebih baru ler singgah makan lunch+dinner kat warung Laksa Power kat tepi airfield sebelah Pantai Kok ni.

Kecewa skit sebab laksa dia dah kurang power berbanding last year. Kendian, bihun sup dia ganti mee rebus yang aku kurang minat. Cuma rojak buah dia ajer maintain sedap!

Malamnye kuar gi airport jemput bebudak tu!


Hah, ni lar dia tempat breakfast tetap kami sepanjang kat Langkawi kali ni- Restoran Mangga. Awai pagi dah juai nasi campoq noo... Lazats ya-amatz!


Lepas tu tuju Tanjung Rhu untuk tour Kilim Geopark. Seronok dan tenang ikut laluan sungai celah-celah hutan bakau. Ada ler stop sana sini tengok monyet mandi laut, helang sambar kulit ayam dan bermacam lagi tempat menarik bagi para pencinta alam :)


Berenti makan tengahari kat restoran terapung Hole-In-the-Wall. Ikan bakaq fresh fresh you alls!!! Selera sungguh makan!


Lepas tu gi main-main kat sangkar ikan yang disediakan di sebelah restoran tu. Seronok gak tengok ikan warna-warni, bagi makan ikan pari, tengok ikan kerapu besar budak 10 tahun ngap ikan yang dicampak dalam sangkar dia... Brrr... Ngeri siuttt!

Dalam kul 2 petang dah siap dah. Kitorang decide untuk shopping dulu kat Kuah lepas tu.


Malamnye kitorang kuar makan kat Pantai Chenang. Member aku, Wah yang bawak kitorang jalan-jalan sini cuma dia sendiri pun takde idea sangat apa yang best sebab banyak dah berubah. Jadi kitorang pakai masuk jer lar satu kedai betul-betul mengadap Underwater World ni tapi hampeh lar hidangan dia...


Ni lar Wah, penunjuk jalan kami malam tu- salah sorang anak bujang Md Salleh Dawam, pelukis terkenal kat Langkawi ni...


Third day kat Langkawi, lepas sarapan kat Restoran Mangga, kitorang gi naik keta kabel Gunung Machinchang. Sesiapa yang tengok Majalah 3 berkenaan Langkawi Geopark, perasan tak muka minah baju merah tu kuar TV? Hehehe... Aku lak takat nampak belakang badan jer...


Gambar yang tak berkaitan langsung dengan kitorang tapi aku seronok tengok perangai satu geng budak-budak muda yang dok posing sakan amik gambar. Sampai tukang amik gambar pun berposing maut di luar sedar... Hehehe! Jahat aku kan?


Turun jer Machinchang, melawat lak Telaga Tujuh. Mula-mula semua pakat nak mandi tapi sebab segan ramai orang akhirnye aku dengan member lagi sorang jer yang terjun :P Dah tu ujan lebat lak. Kitorang terperangkap jap kat kawasan rehat kat kaki bukit tu...


Dari Telaga Tujuh, ke Pantai Chenang semula. Makan tenghari kat sebuah kedai mamak pas tu masuk Underwater World.


Menarik gak tempat ni, jauh panggang dari api ler kalau nak dibandingkan dengan Bird Park tu!


Ni terowong underwater untuk kolam penguin. Kitorang bertuah sebab penguin tu tengah ada mood nak main-main sekitar kawasan ni. Kalau tak diorang lepak kat tempat diorang biasa diberi makan kat sebelah.


Jupe balik geng budak-budak muda tadi :P Hehehe! Kan sempoi mamat ni posing?


Minyak keta sewa banyak lagi, jadi kitorang pun cadang pusing-pusing pulau nak perabis minyak. Ni masa singgah kat satu lookput point dalam perjalanan antara Kuah dengan Padang Matsirat.

Malam tu makan kat satu restoran tepi sungai yang penah dilawati oleh Maria Tunku Sabri. Tapi cuma ikan bakar dia jer yang best, makanan lain sume outKak Maria, tak reliable lar you alls ni!!! :P

Akhirnye masa untuk pulang... Sarapan kali terakhir kat Restoran Mangga, pas tu pulangkan keta sewa.

Ntah camne elok-elok masa kitorang nak check in, boleh lak sistem komputer kat kaunter Air Asia ni down. Menunggu skit nyer lama padahal kapal terbang dah nak berlepas dah! Tu yang naik hijau masing-masing dah tukar jadi Incredible Hulk :P

3 comments:

APAi said...

waaa..bestyer trip nie... bila la I nak p langkawi nie..asyik tyak jadik jer... anyway trip nie nampak best..harap Ri enjoy & release skit tensen kerja...

jeebsion said...

Heh .. I'm with you .. seriously .. even myself tak abih lagi round langkawi ... will make some time to go there again sometime next month insyaAllah :-)

nabilah rahim said...

salam..nak tanya la en.Ri..
pernah g restoran hole in the wall kan..best x mkn kat sana..pastu harga dia mahal x? thanks eh..