Ya, tuan-tuan dan puan-puan, sila rujuk gambar model skala kecil berikut...
Suasana yang begitu nyaman (secara alami, tetapi panas dari sudut moral :P). Dewannya tidak perlu berhawa dingin, pakai baju tebal dua lapis pun masih terasa sejuknya.
Berkursus lagi aku. Mujur cara pembentangan yang diajukan agak menarik. Walau kadangkala tewas dek suhu nan dingin, namun tetap berjaya membawa pulang butiran mutiara ilmu yang berharga.
Lobi hotel tempat berkursus. Bagi mereka yang biasa ke sini pasti kenal dengan suasana unik di atas.
Patut pun 'tujuh keturunan' berbelanja mewah sekalipun takkan luak hartanya. Bilik yang ringkas, tanpa perlu mengira kos penghawa dingin.
Malah di kamar mandi, terdapat sebuah dispenser yang berlabel 'shampoo/conditioner/shower cream'. Sesungguhnya belum pernah aku dengar persediaan 3 in 1 sebegitu rupa. Geliga sungguh otak mereka untuk memeras untung habis-habisan. :P
Harga makanan sudah tentu mahal disebabkan kos pengangkutan untuk naik ke puncak. Walaubagaimanapun, bagi mereka yang kurang berkira, aku ingin mengesyorkan hidangan buffet di Coffee Terrace Genting Hotel sebagai tempat menjamu selera yang unik, lazat dan berbaloi.
Terdapat masa senggang pada waktu petangnya. Aku ke hulu ke hilir memburu pemandangan menarik untuk dirakam.
Dalam fail imej asal, gambar di atas boleh diperbesarkan hingga nampak para penunggang sedang menjerit keseronokkan/ketakutan.
Gerai buah-buahan- nampak seperti sebuah gerai biasa tapi merasalah betik yang berharga RM5.00 sekilo!
Aku turut cuba berseronok dengan aktiviti memanah. Berat rupanya mahu menarik busur hingga lenguh-lenguh kedua belah tangan :P
Terima kasih 'cikgu' Din, Anas dan rakan-rakan atas segala tunjuk ajar.
1 comment:
waa..teringat masa g genting ramai2 dulu di amber court kalau tak silap....
Post a Comment